Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Seorang lelaki warga Singapura, Derek Ng De Ren mengaku bersalah kerana menghantar ugutuan bunuh terhadap penyerang Brighton & Hove Albion, Neal Maupay.
Dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Jun tahun lalu, Arsenal tewas 2-1 kepada Brighton dengan Maupay merupakan penjaring gol kemenangan pada masa kecederaan.
Dalam perlawanan sama, penyerang Perancis tersebut turut dipersalahkan di atas kecederaan buku lali Bernd Leno selepas berlaku perebutan bola di udara menyebabkan penjaga gol itu terpaksa diusung keluar dan terlepas baki saingan musim berkenaan.
Bernd Leno is stretchered off after sustaining a nasty-looking knee injury in a challenge with Brighton's Neal Maupay.
The Arsenal goalkeeper was not happy with Maupay as he left the pitch.#BHAARS pic.twitter.com/xrbJ4orxTb
— GOAL (@goal) June 20, 2020
Mungkin terlalu kecewa pasukan kegemarannya tewas, pemuda berusia 19 tahun itu kemudian bertindak di luar batasan dengan menghantar mesej peribadi ke akaun media sosial Maupay dalam bentuk ugutan bunuh/
Menurut pertuduhan di mahkamah, Ng dituduh menghantar mesej dengan menulis “Saya akan bunuh kamu dan keluarga kamu.”
Pemuda berkenaan berdepan dengan hukuman denda sehingga £10,000 dan dua tahun penjara dan ia merupakan kes pertama ugutan terhadap pemain EPL yang dibicara melibatkan individu dari luar United Kingdom (UK).
Kes tersebut disiasat oleh polis di Singapura hasil bantuan dari Brighton dan pihak Premier League. Ng ditahan sebaik sahaja identitinya dikesan.
Dalam satu kenyataan kepada BBC, penyerang berusia 24 tahun itu berkata ugutan tersebut merupakan sesuatu yang keji dan toksik bagi atlet profesional.
https://twitter.com/globalfirstnews/status/1400036031609544708?s=20
“Saya harap hukuman yang sama juga diterima kepada mereka yang membuat ugutan dalam talian kerana perkara seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.”
Ketua Pegawai Eksekutif Premier League, Richard Masters menyambut baik perkembangan tersebut dan memberi jaminan pihaknya memberi jaminan pihaknya akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk terus melawat kebencian atau ugutan dalam talian ini.
Ia sekaligus mengingatkan kepada mana-mana penyokong kelab EPL agar tidak sewenang-wenangnya memberi komen atau menghantar mesej peribadi dalam bentuk ugutan walaupun jarak anda beribu kilometer dari England.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Maupay Ejek Arsenal, Arteta Kata Beliau Lebih Kenal Pemainnya
Kai Havertz: Kisah Budak Kampung Dari Aachen Yang Menjulang Chelsea Di Persada Eropah
Selepas Menang UCL Bersama Chelsea, Giroud Mahu Bawa Diri Ke AC Milan