EPL: Arsenal ‘Bersepai’ Dikerjakan Maupay, Lutut Leno ‘Barai’

Gol Neil Maupay pada minit kelima masa kecederaan telah membantu Brighton & Hove Albion menumpaskan Arsenal 2-1 Di Stadium American Express yang turut menyaksikan penjaga gol, Bernd Leno diusung keluar dari padang.

Video ulangan menunjukkan ketika melompat tinggi, Leno hilang keseimbangan apabila berlaga dengan Maupay dan tersalah mendarat sehingga mencederakan lututnya.

Penjaga gol Jerman itu kemudian dilihat menyasarkan kemarahannya kepada penyerang Brighton tersebut ketika diusung keluar.

Bagaimanapun, Arsenal mengetepikan kesedihan itu dengan  dengan menyumbat gol pertama perlawanan menerusi rembatan lencong yang cukup menarik dari Nicolas Pepe pada minit ke-70

Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila Lewis Dunk menyamakan kedudukan buat tuan rumah tujuh minit kemudian menerusi percubaan jarak dekat hasil hantaran dari sepakan penjuru.

Pada masa kecederaan, Maupay menghadiahkan kekalahan kedua berturut-turut sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bersambung pada minggu ini dengan menjaringkan gol kemenangan hasil gerakan satu dua dengan Aaron Connolly.

Penyerang Perancis itu dengan tenang menewaskan penjaga gol gantian, Emiliano Martinez untuk merekodkan gol kesembilannya musim ini yang juga merupakan antara gol terpenting bagi membantu pasukannya untuk terus kekal di EPL musim depan.

Perlawanan itu turut menyaksikan penjaga gol Arsenal, Bernd Leno diusung keluar dari padang selepas mengalami kecederaan lutut akibat tersalah mendarat kerana hilang keseimbangan. Melihat kepada andaian awal, ianya mungkin kecederaan serius dan bakal terlepas baki saingan musim ini.

Arsenal juga telah pun kehilangan khidmat Pablo Mari dan Granit Xhaka yang kedua-duanya dilanda kecederaan buku lali pada perlawnaan Rabu lepas di mana pasukan berkenaan tewas 3-0 kepada Manchester City.

Kekalahan itu menyukarkan misi Arteta untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara Eropah, malah harapan mereka untuk layak ke saingan Liga Europa juga dilihat semakin pudar dengan kini hanya menduduki tangga kesembilan.

Brighton pula meraih kemenangan liga pertama mereka pada tahun 2020 untuk menjarakkan kedudukan daripada zon penyingkiran dengan lima mata.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Leave a Reply