UEFA Tolak Permohonan Wilayah Jersey Sebagai Ahli Baru

UEFA membuat kejutan apabila telah menolak permohonan Jersey sebagai ahli baru. Ini susulan 49 buah ahli telah mengundi untuk menolak permohonan itu.

Kesatuan itu telah mengadakan kongres tahunannya kali ini di Bratislava, Slovakia. Kongres ini diadakan selama sehari sahaja di bandar raya itu.

Salah satu agenda kongres ini ialah membincangkan permohonan Jersey ini sebagai ahli kesatuan itu.

Faktor penolakan

Pasukan bola sepak Jersey FA.

UEFA menjelaskan penolakan permohonan keahlian Jersey ini disebabkan mereka bukanlah negara yang merdeka dan berdaulat. Malah, Jersey ini sebenarnya sebuah Crown Dependencies di bawah United Kingdom.

Dalam kata lain, kerajaan United Kingdom masih berkuasa ke atas wilayah itu terutamanya dalam hal ehwal antarabangsa dan pertahanan.

Tahun lalu, kami ada mencoretkan satu artikel mengenai apakah beza Home Nations, Crown Dependencies dan Overseas Territories di dalam United Kingdom.

Memahami Konsep Home Nations Dalam Bola Sepak

Tambah perit, percubaan Persatuan Bola Sepak Jersey (JFA) ini tidak mendapat sokongan daripada FA England. Malah, FA England menganggap Jersey ini salah satu ‘county FA’ di bawah pentadbirannya.

Mahkamah?

Logo Jersey FA.

Ya, kes pertikaian antara JFA dengan UEFA ini telah pun di bawa ke muka pengadilan. Tapi, kisahnya berlaku pada beberapa tahun yang lalu.

Mahkamah Timbang Tara Sukan Eropah (CAS) telah mengarahkan UEFA mempertimbangkan permohonan JFA.

Akhirnya jawapan UEFA telah muncul pada hari ini. Meskipun ada pihak sudah mempertikaikan reaksi badan induk bola sepak Eropah.

Phil Austin, Presiden JFA memberitahu mereka mempunyai parlimen, perundangan dan cukai tersendiri. Sedangkan ada ahli UEFA lain tidak pun memenuhi syarat dikemukakan badan tersebut.

Ya, ia mengenai pengiktirafan masyarakat dunia terhadap negara tersebut. Kosovo dan Gibraltar antara negara yang dimaksudkan.

Penutup

Memang isu keahlian baru ini agak sensitif dan ada signifikan dengan geopolitik antarabangsa. Dalam kes Jersey, ia tidak dipertikaikan pula oleh dua lagi Crown Dependencies iaitu Isle of Man dan Guernsey.

Cuma FA Inggeris telah memberikan respon kepada BBC bahawa mereka akan menilai daripada sudut perundangan. Ia bererti adakan penyertaan Jersey akan memberikan kebaikan atau tidak kepada UEFA.

Faroe Islands, wilayah ditadbir Denmark juga menjadi ahli kepada UEFA dan FIFA. Begitu juga Aruba (Belanda), New Caledonia (Perancis) dan Puerto Rico (Amerika Syarikat) yang menjadi ahli FIFA.

Rasanya masih belum lagi tiba masanya untuk badan bola sepak dunia untuk menerima keahlian baru buat masa ini. Lebih baik kekal pada buat masa ini.

Tujuannya adalah satu, jangan disebabkan sukan, ia akan menjadi punca pergolakan dan perpecahan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN