Memahami Konsep Home Nations Dalam Bola Sepak

Kami seringkali menerima persoalan apakah konsep Home Nations itu sebenarnya. Malah, timbul juga persoalan berkaitan iaitu kenapakah England, Wales, Scotland dan Ireland Utara bermain pasukan secara berasingan.

Walhal mereka berada di sebuah negara gabungan yang sama. Yakni United Kingdom.

4 negara bergabung menjadi 1

Negara-negara Home Nations.

United Kingdom mempunyai nama penuhnya iaitu United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland. Great Britain sebenarnya sebuah pulau yang terkandung tiga buah negara iaitu England, Wales dan Scotland.

Manakala Ireland Utara sebahagian daripada pulau Ireland. Sebahagian lagi ditadbir oleh Republik Ireland. Jangan sesekali panggilnya sebagai Ireland Selatan!

Sebagai ganti United Kingdom, masyarakat antarabangsa memanggilnya sebagai Britain. Lebih memudahkan.

British Overseas Territories?

Sebenarnya masih lagi wujud wilayah di bawah penguasaan Britain. Namun begitu, FIFA membenarkan wilayah-wilayah ini menjadi anggota FIFA.

Gibraltar hanya satu-satunya ahli FIFA dari kalangan British Overseas Territories yang berkedudukan di benua Eropah. Wilayah-wilayah seperti berikut berada di benua Amerika.

Aksi perlawanan peringkat remaja antara Bermuda menentang Cayman Islands.

Wilayah tersebut ialah, Anguilla, Bermuda, British Virgin Island, Cayman Islands. Selain itu, Montserrat dan Turks and Caicos Islands juga menjadi ahli FIFA dari lingkungan British Overseas Territories.

Biasa dengar wilayah ini? Ya, kebanyakan daripada mereka pernah beraksi dalam Sukan Komanwel.

Crown Dependencies

Bendera Isle of Man. Sumber: Britannica Encyclopedia.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada 3 wilayah di bawah pentadbiran Britain yang digelar Crown Dependencies. Wilayah-wilayah tersebut ialah Isle of Man, Jersey dan Guernsey.

Namun, FIFA tidak memberikan keahlian kepada ketiga-tiga wilayah ini. Begitu juga dengan UEFA biar pun kesemua wilayah ini bergeografikan benua Eropah.

Penutup

Bak kata pepatah, ‘Sambil menyelam minum air,’ di samping mengenali bola sepak, kita boleh mengenali geografi sesebuah negara.

Elok juga pasukan kebangsaan kita banyak mengadakan perlawanan persahabatan dengan wilayah British Overseas Territories. Maklumlah ranking mereka lebih kurang setaraf kita sahaja.

Sumber

  1. Wikipedia (2017): FIFA Eligibility Rules; https://en.wikipedia.org/wiki/FIFA_eligibility_rules
  2. Wikipedia (2017): British Overseas Territories; https://en.wikipedia.org/wiki/British_Overseas_Territories
  3. Wikipedia (2017): Crown Dependencies; https://en.wikipedia.org/wiki/Crown_dependencies

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN