Gary Neville Label Arsenal Lembik Dan Jadi Punca Budak Ini Menangis

Pundit Sky Sports, Gary Neville dengan lantang mengkritik pasukan Arsenal sebagai pasukan yang lembik (spineless). Arsenal tewas 3-0 di tangan Manchester City daam final Piala Carabao semalam.

Ianya adalah trofi pertama Pep Guardiola bersama-sama dengan Manchester City.

Neville menjadi pengulas bersama dengan Martin Tyler dalam perlawanan tersebut. Beliau mengkritik kedudukan posisi Mustafi untuk membolehkan Manchester City mendapat gol pertama.

Menurut Neville, Mustafi terlalu mudah dicabar (out-muscled) oleh pemain kecil seperti Aguero.

“Mustafi seharusnya lebih keras daripada itu. Cara Mustafi bertahan itu menyedihkan.”

“Ramsey, Xhaka, Ozil. Mereka sedang berjalan di atas padang Wembley. Kenapa anda berjalan? Itu sesuatu yang memalukan. Sangat memalukan.”

“Saya sendiri tak mahu bercakap tentang mereka, kerana, apa yang mereka lakukan sangat memalukan. Ramsey dan Xhaka berjalan di atas padang. Sememangnya lembik.”

“Dan lihat di sana, ini adalah angkara kamu” – kata Gary Neville ketika kamera menunjukkan aksi seorang penyokong muda Arsenal yang sedang menangis.

“Sebenarnya saya pun sukar untuk mencari satu perkataan untuk menggambarkan corak permainan Arsenal hari ini.”

“Saya sudah lama tidak gemar dengan corak pertahanan mereka. Saya juga tidak begitu gemar dengan kepimpinan mereka, karakter dan semangat mereka di dalam padang.”

“Hanya berjalan di dalam padang Wembley, menyerah kalah, lembik!”

“Liverpool bermain lebih baik. Tottenham bermain lebih baik. 3 atau 4 pasukan bermain bola sepak lebih baik daripada mereka hari ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN