Johor Southern Tigers baru sahaja memuat naik video pengumuman TMJ mengenai perkembangan terkini juara tujuh kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bukan sahaja memberikan perkembangan terkini, malah meninggalkan persoalan besar apabila bercerita mengenai pemain-pemain baharu untuk musim 2021 dan 2022. Pendedahan tersebut dibuat tanpa menyebut nama pemain terlibat.
HRH TMJ UPDATES FANS ON JDT SIGNINGS AND THURSDAY'S HISTORIC CEREMONY TEASER
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/CprJm3WeKr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) December 14, 2020
Ini akan sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi mengenai identiti pemain-pemain yang bakal dibawa masuk JDT dua musim mendatang. Setakat yang diketahui, JDT akan membawa masuk Danial Amier Norhisham daripada FELDA United.
Untuk pemain import, telah tersebar sebelum ini yang Camilo da Silva seperti sudah melanjutkan kontrak bersama Mazatlan FC untuk dua musim lagi dan adakah beliau masih tetap akan datang ke Iskandar Puteri? Camilo telah diumumkan menggantikan Diogo yang sudah sah kembali ke Thai League 1 bersama BG Pathum United.
UPDATE: Camilo Da Silva had an agreement with JDT months before the official announcement in October. It was not verbal.
So either he come or Mazatlan will have have to fork out a large amount of money to retain El Lobo in Mexico. #MSL21 https://t.co/C9YXXxD1L4— Juan Bapakaw (@juanbudiman) November 14, 2020
Memetik kenyataan dalam video berdurasi kurang dua minit itu, TMJ dilihat tidak mendedahkan pemain yang dimaksudkannya, “Untuk makluman semua penyokong, kami telah menandatangani empat pemain untuk musim 2021 dan lagi empat pemain – termasuk dua pemain naturalisasi dan seorang pemain import, untuk musim 2022.”
Timbul persoalan, siapa empat pemain musim ini, selain Danial Amier? Dan siapa pula dua pemain naturalisasi yang bakal menyertai Harimau Selatan musim depan?
Paling menarik untuk berspekulasi adalah identiti dua pemain naturalisasi tersebut disebabkan jumlah pemain naturalisasi Malaysia yang diketahui tidaklah terlalu ramai. Adakah Mohamadou Sumareh salah seorang daripadanya? Ketika ini tidak diketahui hala tuju pemain naturalisasi pertama negara itu yang sedang beraksi di Thai League.
Sumareh sedang dikaitkan untuk kembali ke Liga Malaysia (Liga M) untuk bersama Terengganu FC dan Kedah. Namun, sangat mustahil untuknya menyertai Kedah kerana posisi tersebut telah diisi oleh pemain baharu dari Lubnan, Rabih Ataya. Oleh itu, besar kemungkinan Sumareh bakal menyertai skuad Harimau Selatan pada 2022.
Siapa seorang lagi pemain naturalisasi yang boleh dikaitkan untuk ke JDT? Tidak lain dan tidak bukan, salah seorang pemain yang pernah di’tag’ dalam Instagram TMJ, Endrick dos Santos yang bakal melengkapkan tempoh lima tahun di Malaysia pada 2022. Pemain berusia 25 tahun itu kini meneruskan musim keduanya di Penang FC.
Selain itu, terdapat seorang lagi pemain naturalisasi yang sebelum ini dilihat berada di pusat latihan JDT iaitu pemain kacukan Malaysia-England, Stuart Wilkin.
KREDIT FEATURED IMAGE: JDT TV
Baca lagi artikel lain mengenai JDT dan TMJ:
Terus Mengorak Langkah Proaktif, JDT Jalin Kerjasama Dengan Spartan