Terus Mengorak Langkah Proaktif, JDT Jalin Kerjasama Dengan Spartan

Spartan

Kelab gergasi bola sepak tempatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menarik minat jenama antarabangsa apabila baharu sahaja mengumumkan kerjasama strategik bersama Spartan.

Menurut kenyataan dikeluarkan laman JOHOR Southern Tigers (JST) sebentar tadi, kerjasama yang terjalin itu menyaksikan acara ‘Spartan Stadion’ bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada setiap bulan Jun.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Spartan Station menjadi jenama ketiga memeterai perjanjian bersama JDT selepas Subway dan SWAG yang mencapai kata sepakat pada November lalu.

Kerjasama ini juga dilihat dapat memberikan peluang buat peserta acara tersebut yang datang dari luar negara bagi merasai pengalaman menikmati fasiliti canggih kelab tersebut.

”Perjanjian ini selari dengan strategi antarabangsa JDT untuk membawa ribuan peserta dari luar negara untuk merasai pengalaman sendiri laman Harimau Selatan dan hospitaliti setiap tahun.”

”Sekaligus, ia dapat mengembangkan lagi jenama JDT di samping menjana pendapatan komersil untuk kelab,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JST.

JDT sebelum ini telah bekerjasama dengan pengeluar jam tangan mewah dari Switzerland, Hublot pada tahun lalu sekali gus menjadi jam tangan dan penjaga masa rasmi kelab tersebut.

Selain itu, JDT juga turut menerima tajaan dari jenama pakaian sukan terkenal, Nike.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

 

Leave a Reply