Guardiola: Arteta Pengurus Terbaik, Tiada Yang Lebih Baik Untuk Bimbing Arsenal

Guardiola Arteta

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola masih percaya anak didiknya, Mikel Arteta merupakan individu yang paling sesuai dalam menggalas tanggungjawab sebagai pengendali Arsenal meskipun kelab tersebut sedang dirundung masalah penurunan prestasi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Arsenal yang bermula dengan baik selepas mencatatkan dua kemenangan awal, ketika ini terperosok ke tangga ke-15 berikutan tujuh kekalahan yang dialami.

Keadaan itu menyebabkan sudah ada suara yang mahu pengurus berusia 38 tahun itu supaya meninggalkan Emirates Stadium susulan aksi hambar yang dipamerkan anak buahnya terutamanya apabila The Gunners tewas pada empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri.

Bagaimanapun, Guardiola yang bertanggungjawab dalam memberikan tunjuk ajar kepada pengurus tersebut di Manchester City merasakan tiada lagi pengurus yang lebih baik untuk mengemudi Arsenal berbanding Arteta.

”Arsenal tidak mempunyai pengurus yang lebih baik untuk membimbing kelab tersebut untuk tahun-tahun berikutnya berbanding dia.”

”Saya tidak perlu untuk memberikan sokongan kerana dia memilikinya [kredibiliti] dan mengetahui dia memiliki perkara tersebut,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Dia merupakan salah seorang pengurus terbaik yang pernah bekerja dengan saya, sudah tentu dan dilihat secara terus, komitmennya, dia menyayangi kelab tersebut.”

”Tanpa rasa sayangnya terhadap kelabnya, dia masih akan berada di sana.”

”Saya yakin dia akan mengubahnya dan melakukan seperti yang diharapkan oleh orang lain.”

”Kadang-kadang apabila kelab berada dalam tempoh yang tidak baik, ia memerlukan masa. Saya tahu di dalam dunia, orang merasakan ia tidak memerlukan masa.”

”Sekiranya saya merupakan salah seorang daripada Ahli Lembaga Pengarah Arsenal, saya tidak akan mempunyai sebarang keraguan terhadap kualiti dan kapasitinya untuk meletakkan Arsenal di tempat yang sepatutnya,” tambah Guardiola lagi.

Kredit featured image: Dave Thompson/ Pool via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pep Guardiola dan Mikel Arteta:

Guardiola: Mikel Arteta Mampu Kembalikan Kehebatan Arsenal

Mikel Arteta, Protege Guardiola Yang Dikehendaki Arsenal Untuk Ganti Wenger

Pep Guardiola Bercakap Soal Kecergasan & Bertemu Arteta Menjelang ‘Restart’

Leave a Reply