Nama penyerang sensasi negara, Faizal Saari dan adiknya Fitri Saari antara yang termasuk dalam senarai 38 orang pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan skuad hoki kebangsaan yang akan bermula pada 5 Oktober ini.
Penyerang berusia 29 tahun itu baru-baru ini yang beraksi bersama pasukan Terengganu membuktikan reputasinya dengan muncul penjaring terbanyak dalam kejohanan Piala Tun Abdul Razak yang berlangsung pada 18 hingga 26 September lepas.
Turut tersenarai adalah tujuh pemain yang dipanggil buat kali pertama iaitu Muhamad Shafie Sahrom, Syarman Mat Tee, Muhammad Fakhri Ardillah Abdullah, Pavandip Singh Gurdip Singh, Syamil Azim Dzulkafly, Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana.
1⃣8⃣ Faizal Saari
— Hokita (@HokitaMY) September 27, 2020
1⃣0⃣ Nuraini Rashid
👆 Top scorer lelaki & wanita di TNB Tun Abdul Razak Cup 2020. Dah perform dekat #RazakCup ni, ada rezeki dapat call up & jumpa di latihan #SpeedyTigers & #MalaysianTigress! 😁 #SayaSokongHokiMY #BersatuUntukHoki pic.twitter.com/86Ny4tGxH8
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak yang turut memaklumkan pemilihan dibuat berdasarkan kriteria seperti kemampuan bermain, kecergasan dan sikap kebertanggungjawaban dalam pasukan.
“Keputusan saya dibuat berdasarkan prestasinya dan perbincangan dengan beliau. Mesej yang diberikannya adalah mahu kembali menyarung jersi kebangsaan dan berikan 100 peratus komitmen,” katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional di sini,hari ini.
Latihan pusat tersebut akan berlangsung selama empat minggu di bawah pantauan ketua jurulatih Arul Selvaraj untuk memilih senarai akhir 25 pemain The Speedy Tigers yang akan menggalas tanggungjawab membawa nama negara.
Ready to be back. 🇲🇾🏑
— Team Malaysia (@TeamMsia) September 28, 2020
Misi belum tercapai bersama #MalaysianTigers kata @faizal_saari. Dilaporkan ketua jurulatih, Arul Selvaraj nak umum call-up Khamis ini. Harap-harap nama top scorer #RazakCup ni ada sekali! 👀 #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/T9CXO6Q0lI
Senarai penuh 38 pemain:
Penjaga Gol: Muhammad Zaimi Mat Deris, Adrian Andy Albert, Mohammad Hairi Abdul Rahman, Muhammad Hafizuddin Othman, Muhamad Shafie Sahrom.
Pertahanan: Muhammad Razie Abdul Rahim, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Muhammad Najmi Farizal Jazlan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan, Muhammad Najib Abu Hassan, Syarman Mat Tee, Muhammad Arif Syafie Ishak, Muhammad Azri Hassan, Zulpidaus Mizun, Muhammad Amirol Aideed Mohd Arshad, Muhammad Aminuddin Mohd Zain.
Pemain Tengah: Faiz Helmi Jali, Meor Muhammad Azuan Hassan, Mohamad Ashran Hamsani, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Muhammad Fakhri Ardillah Abdullah, Mohd Fitri Saari, Muhammad Hafiz Zainol, Shello Silverius, Norsyafiq Sumantri, Muhamad Ramadan Rosli, Pavandip Singh Gurdip Singh, Harvinder Singh Makbul Singh, Mohd Faid Farhad Mohamad Shah.
Penyerang: Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, Faizal Saari, Muhammad Nor Firdaus Rosdi, Syamil Azim Dzulkafly, Muhammad Shahril Saabah, Nur Rahul Hrisikesa Mohd Murni Tatchana, Muhammad Firhan Ashaari.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan hoki negara: