Piala Razak 2020: Perak Julang Mahkota Ke-10 Selepas Tundukkan Terengganu

Perak

Perak menggunakan kelebihan dibarisi pemain-pemain berpengalaman apabila menjuarai saingan hoki Piala Tun Abdul Razak 2020 selepas berjaya menundukkan Terengganu 4-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Individu yang nyata menjadi tumpuan pada perlawanan ini sudah pastinya pemain kebangsaan, Muhammad Haziq Samsul setelah beliau meledakkan hatrik sekaligus menghadiahkan kejuaraan ke-10 buat Perak.

Skuad yang dibimbing Roslan Jamaluddin itu bagaimanapun tersentak seawal minit pertama selepas peledak berbisa negara, Faizal Saari dengan tenang menyempurnakan pukulan sudut penalti bagi menewaskan Mogammad Fitri Abd Aziz di gawang Perak.

Tidak mahu terus tenggelam dengan jaringan tersebut, Perak memperkemaskan aksi dengan melakukan beberapa gerakan menarik ke kubu Terengganu yang dikawal Muahmad Zaime Mat Deris.

Usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-17 apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan padang hasil gerakan cantik dalam kawasan Terengganu.

Jaringan tersebut jelas meningkatkan moral Perak yang kemudiannya menambah jaringan pada lewat separuh masa pertama dan kali ini giliran Muhammad Haziq untuk meletakkan skuad Yob di hadapan.

Tekanan yang diberikan Perak telah mendorong pertahanan Terengganu untuk melakukan kesilapan sekaligus kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Haziq untuk melepaskan pukulan padu bagi melebarkan kedudukan pada minit ke-32.

Haziq melengkapkan hatrik pada minit ke-46 apabila beliau sekali lagi meledakkan pukulan kilas yang cantik dalam kawasan Terengganu setelah beliau menerima umpanan daripada Meor Muhamnmad Azuan Hassan.

Faizal cuba untuk mengurangkan defisit jaringan pada minit ke-59 hasil pukulan sudut penalti tetapi ia sudah terlambat untuk menghadiahkan kejayaan bermakna buat skuad hoki Perak pada edisi kali ini.

Kejayaan itu juga menebus kembali kehampaan Perak yang sekadar menamatkan saingan edisi lalu di tempat ketujuh apabila mereka tidak berupaya melepasi peringkat kumpulan.

Kredit featured image: Arena Seladang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN