Terengganu Mula Usaha Cari ‘Safawi Rasid 2.0’

Safawi Rasid

Sebagai anak jati Dungun, Safawi Rasid pastinya tidak terkecuali daripada menjadi kebanggaan seluruh warga Terengganu dengan melihat pencapaian hebat dinikmati pemain berusia 23 tahun itu sehingga beliau mampu mengembangkan kariernya sebagai pemain pinjaman di Portimonense SAD.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (PPNT) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST) dan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) secara rasminya telah melancarkan program baharu dalam misi untuk mencari lebih ramai lagi Safawi Rasid.

Menurut sumber Berita Harian (BH) Online, Program yang dijadualkan bermula pada hujung tahun ini digelar sebagai ‘Program Mencari Safawi 2.0’.

“Kejayaan pemain itu mendorong kita untuk mencungkil lebih ramai lagi pemain sehebat Safawi dan siri jelajah di seluruh daerah akan dilakukan untuk mencari 20 pemain berusia 12 tahun sebagai perintis untuk diserapkan masuk ke Tingkatan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas yang juga Akademi Bolasepak Terengganu.

“Mereka akan mengikuti modul latihan secara sistematik yang dirangka panel kejurulatihan dan jawatankuasa program.”

“Kita yakin dengan program pembangunan yang tersusun dan kerjasama daripada semua sekolah di negeri ini dan pihak yang terbabit dalam pencarian bakat baharu, objektif untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti sehebat Safawi akan tercapai,” ujar Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Terengganu.

Safawi Rasid merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setia. Dari situ bakatnya telah dikesan sehingga Safawi diserap masuk ke skuad Piala Presiden T-Team ketika beliau di tingkatan lima.

Aksi bertenaga dipamerkan Safawi pada usia yang masih muda telah menarik minat bekas pengendali kelab tersebut Tomislav Steinbruckner dan Rahmad Darmawan untuk memberikan peluang buatnya beraksi bersama skuad utama.

Bagaimanapun, usaha ini mendapat kritikan daripada segelintir peminat bola sepak terutamanya di Terengganu yang beranggapan pihak tersebut perlu untuk memandang ke hadapan dan berusaha untuk melahirkan bakat baharu sekali gus memberikan fokus terhadap akademi dan perkembangan akar umbi.

Perkara tersebut perlu dijadikan keutamaan berbanding merangka satu program yang disifatkan sebagai ‘perkara yang bukan-bukan dan tidak pernah dibuat orang’.

Kredit featured image: Power Sport Images/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Safawi Rasid:

Portimonense S.C Perkenalkan Safawi Rasid Secara Rasmi

Tan Cheng Hoe Jangkakan Impak Safawi Rasid & Pemain Yang Berada Di Luar Negara

Safawi Rasid: Saya Mahu Satu Dunia Kenali Saya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN