Tekad Azfar Arif Untuk Melangkah Lebih Jauh Musim Ini, Akui Cabaran Sengit Rebut Kesebelasan Utama

Muhammad Azfar Arif selaku penjaga gol baharu PJ City mahu menjadikan musim ini bersama kelab baharunya sebagai landasan terbaik melangkah lebih jauh setelah empat musim sebelum itu bersama UiTM FC.

Menurut beliau, keputusan untuk berhijrah ke PJ City dianggap tepat memandangkan usia Azfar yang masih muda untuk menimba lebih banyak pengalaman seperti yang dilakukan sebelum ini ketika bersama UiTM FC.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Memang ini akan menjadi langkah pertama untuk karier saya bergerak dengan lebih jauh pada masa hadapan sebab dekat sini pun semuanya adalah pemain tempatan.

“Jadi, sudah tentu cabaran itu akan menjadi lebih besar dan kita sendiri sebagai penjaga gol pun akan melakukan lebih banyak kerja untuk mengekang asakan penyerang import pasukan lain.

“Cuma, saya inginkan pengalaman yang berbeza dekat sini sebab musim lepas pun saya tidak rasa puas sangat apabila bersaing dengan Zamir selamat, tetapi sebenarnya saya pun banyak belajar daripada dia,” katanya pada Harian Metro.

Azfar juga mengakui yang beliau bakal berhadapan cabaran getir bagi merebut posisi utama penjaga gol pasukan. Ini kerana Azfar perlu melepasi saingan beliau iaitu Kalamullah Al-Hafiz namun penjaga gol ini nekad untuk mempelajari sesuatu seperti mana dibuat ketika bersama Zamir Selamat di UiTM FC.

“Agak sengit sebab Kalamullah adalah penjaga gol utama, jadi saya kena bekerja keras dalam latihan agar saya mendapat peluang terbaik untuk diturunkan.

“Cuma apa yang lebih penting adalah bagaimana saya perlu manfaatkan peluang yang ada untuk belajar dengan dia sebab dia punya cara bermain memang bagus.

“Saya selalu akan duduk dekat belakang dan tengok cara dia mencurahkan idea dalam padang, cara menghantar bola kepada pemain dan kedudukan dia yang sentiasa tepat untuk mendapatkan bola, itu yang saya mahu belajar,” katanya.

Selain Azfar, PJ City musim ini turut menandatangani beberapa pemain tempatan lain seperti S. Kumahraan, Nasir Basharuddin, Aaron Kumar, Marcus Mah Yung Jian, Shivan Pillay, dan Barathkumar.

Skuad ini juga mengekalkan tonggak mereka musim lalu iaitu Kalamullah Al Hafiz, R. Kogileswaran, Mahali Jasuli, Darren Lok, serta beberapa pemain lagi bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2022.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN