Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

sooka

Vibe jadi lebih best lagi bila ada promosi diskaun 50% untuk pembelian pelan VIP sooka melalui web!

Apa khabar semua peminat bola sepak Premier League, ada baik ka?

Selepas separuh perjalanan liga, macam mana pasukan anda sekarang? Tengah sedap berada di puncak atau pun sedang terciduk ketika ini?

Tidak kiralah macam mana keadaan pasukan anda sekarang, usah bimbang kerana sekarang ini kita berada di bulan Januari. Apa maksudnya?

Ia bermakna pasukan-pasukan boleh mendapatkan pemain baharu kerana jendela perpindahan Januari sudah pun bermula! Kata orang, new year new me gitu. Jika pasukan bola, kira new year new player-lah!

Ambil contoh Newcastle United ketika ini, mereka sedar pemain baharu diperlukan untuk dibawa masuk pada Januari ini. Disebabkan itu, mereka laju je menyambar Kieran Trippier dan Chris Wood untuk mengatasi masalah prestasi pasukan.

NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – JANUARY 15: Kieran Trippier of Newcastle United (15) during the Premier League match between Newcastle United and Watford at St. James Park on January 15, 2022 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Serena Taylor/Newcastle United via Getty Images)

Kerancakan jendela perpindahan Premier League jelas sekali mencuri perhatian kita semua dan di sooka juga begitu. Di sooka, mereka begitu komited untuk memberikan pengalaman menonton Premier League yang cukup mengujakan kepada anda semua!

Tetapi caranya macam mana? Biar kami terangkan kepada anda.

Alternatif untuk tonton bersama.

Disaat waktu sukar yang melanda, tidak hairan jika kita tidak boleh sentiasa berkumpul untuk menonton bola sepak bersama-sama.

Jika dalam konteks rakyat Malaysia, lazimnya pasti kita akan mahu berkumpul di kedai mamak sambil melayan aksi Premier League di layar skrin besar, bukan?

Dengan kawalan pergerakan sekarang serta had masa operasi kedai makan ditetapkan sehingga 12 tengah malam sahaja, kini, keseronokkan itu tiada lagi.

Mana tidaknya, lazimnya perlawanan-perlawanan besar Premier League akan diadakan pada jam 12.30 tengah malam waktu Malaysia, macam mana nak tengok di kedai mamak?

Jadi, sooka adalah jawapannya! Dengan sooka, anda masih boleh layan Premier League bersama rakan-rakan di mana-mana saja.

Sebagai contoh, anda boleh lakukan mini gathering di rumah dengan menjemput beberapa rakan anda dan layan Premier League di sooka sambil makan snek kegemaran anda.

Dengan cara ini, anda masih dapat layan perlawanan dengan kawan-kawan walaupun bukan bukan di kedai mamak. Anney mungkin tak ada untuk ambil pesanan anda, tetapi vibe itu masih ada!

Walaupun begitu, sooka bukanlah pengganti kepada pengalaman menonton bola di kedai mamak sebaliknya sebagai alternatif memandangkan kawalan pergerakan yang dikenakan kepada kita sekarang.

Malah, sooka juga menawarkan kepada anda kenikmatan menonton aksi bola sepak di mana-mana sahaja anda berada kerana kualiti siaran terbaik menerusi telefon pintar anda!

Pilihan ini cukup sesuai untuk anda yang lebih banyak menghabiskan masa melihat telefon pintar berbanding televisyen kerana ketika sedang baring di katil pun anda masih boleh layan sooka tau!

Dengan hanya perlukan sambungan wi-fi yang berkualiti dan aplikasi sooka, cukup untuk anda melayan setiap aksi Premier League dan kejohanan lain dengan mudah!

Semuanya lebih mudah!

Dengan sooka, semuanya akan menjadi lebih mudah untuk anda layan Premier League selepas ini.

Tidak kiralah sama ada anda nak layan aksi Mohamed Salah atau Cristiano Ronaldo, tak pun, pasukan Newcastle United yang dijangka akan menjadi serba baharu – semuanya boleh!

Malah, bukan itu sahaja, anda juga boleh layan pelbagai lagi aksi menarik bola sepak antarabangsa terutamanya saingan UEFA Champions League yang akan bersambung semula pada Februari ini.

Semuanya ini boleh dinikmati oleh anda apabila anda melanggan pakej VIP+Sports Pack daripada sooka.

sooka

Hanya serendah RM 41.90 sahaja setiap bulan, anda boleh layan pelbagai aksi sukan antarabangsa menarik (bukan sahaja Premier League) di mana-mana jua dan yang paling menarik – tanpa iklan!

Segera dapatkan pakej ini sebelum 21 Januari 2022 kerana sooka menawarkan potongan diskaun sebanyak 50% kepada anda bagi setiap pembelian melalui web.

Bila lagi kan nak dapat diskaun? Apa tunggu lagi, daftar sekarang di laman sesawang sooka dengan klik di sini!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN