Berbeza Dengan Wan Kuzri, Bapa Jaami Qureshi Yang Banyak ‘Songeh’

Dakwaan sesetengah peminat bola sepak tempatan mengenai kononnya tiada usaha dibuat untuk memastikan pemain remaja berbakat, yang berpangkalan di England, Jaami Qureshi untuk mewakili skuad kebangsaan dinafikan sebentar tadi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi siaran media di laman rasmi mereka sendiri.

Jelas Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung FAM, sebaliknya mereka telah berhubung secara terus dengan bapa pemain tersebut, Perviz Qureshi serta Pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling bagi membincangkan mengenai panggilan ke pusat latihan untuk skuad Bawah 19 tahun (B-19) kebangsaan menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun yang sepatutnya diadakan di Uzbekistan pada tahun 2020 lalu.

Bapa kepada Jaami Qureshi ini juga pernah mengadakan pertemuan dengan bekas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam ketika tahun 2020 bagi membincangkan lebih lanjut mengenai status anaknya bersama skuad negara.

Menerusi beberapa siri perbincangan antara Qureshi dan FAM sekitar Julai 2020, bapa pemain tersebut mahu anaknya diberi taraf keistimewaan kerakyatan tanpa perlu melalui beberapa proses penilaian teknikal daripada jurulatih Brad Maloney ketika itu.

Dalam masa yang sama, pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzri Ahmad Kamal mematuhi proses kurantin setelah menyatakan kesediaan beliau untuk pulang ke tanah air bagi menjalani latihan bersamaa skuad Bawah 19 tahun dan akan dinilai dari segi kemahiran teknikal sebagai usaha untuk menyakinkan panel kejurulatihan yang beliau layak untuk dipertimbangkan.

Selaku badan induk bola sepak Malaysia, jelas FAM tidak akan mengambil ringan dalam mematuhi peraturan, garis panduan, dan undang-undang yang disediakan kerajaan berhubung prosess kuarantin berkaitan Covid-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-manaa individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan.

Urutan Peristiwa Bebenang Komunikasi dengan Brighton dan Perviz Qureshi:

30 Jun 2020 – E-mel di antara FAM dan Pengurus Akademi Brighton & Hove Albion, John Morling, yang meminta program latihan pasukan Bawah 19 tahun menjelang Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun di Uzbekistan pada Oktober.

2 Julai 2020 – FAM meminta klip video permainan Qureshi.

7 Julai 2020 – FAM menerima klip video aksi Qureshi daripada Juruanalisis Prestasi Akademi Brighton.

10 Julai 2020 – Program latihan pasukan Bawah 19 tahun negara dikongsikan dengan bapa Qureshi, Perviz Qureshi yang turut mencadangkan agar Qureshi berangkat dari United Kingdom pada 15-17 Julai bagi memenuhi syarat wajib kuarantin selama 14 hari serta permohonan untuk memproses dokumen pengenalan mengikut syarat Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia. FAM turut meminta jaminan daripada bapanya yang Qureshi akan komited menyarung jersi Malaysia seandainya kedua-dua England dan Malaysia layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 20 tahun di Indonesia.

10 Julai 2020 – Bapanya Perviz menyatakan keberatan membenarkan Jaami pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang tetapi mencadangkan agar FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya. Pada masa yang sama beliau keberatan mengizinkan FAM mengirim kakitangan teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.

14 Julai 2020 – FAM menyatakan tiga perkara penting untuk dimuktamadkan:

(i) Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport

(ii) Komitmen bahawa Jaami memilih kewarganegaraan Malaysia dan bukan England

(iii) Jaami harus melalui proses ujian pemilihan dari sudut teknikal seperti Wan Kuzri

24 Julai 2020 – Brad Maloney memutuskan untuk tidak menyenaraikan Jaami atas sebab tiada persetujuan dicapai di antara kedua-dua pihak berhubung penilaian teknikal terhadap pemain itu serta komitmen bahawa beliau memilih Malaysia dan bukan England seandainya kedua-dua negara layak ke Piala Dunia FIFA Bawah 20 tahun di Indonesia.

10 September 2020 – AFC mengumumkan Kejohanan Asia AFC Bawah 19 tahun ditangguhkan ke Mac 2021

25 Januari 2021 – AFC mengumumkan kejohanan itu dibatalkan dan Uzbekistan menjadi hos edisi 2023

Segala bukti bertarikh lengkap jelas disiarkan FAM kepada orang ramai bagi mengelakkan salah faham mengenai dakwaan badan utama bola sepak negara itu tidak serius mengenai Jaami Qureshi. Jelas Sekreteriat Agung FAM mengambil inisiatif untuk berhubung dengan keluarga pemain ini pada 2020.

Tetapi atas pelbagai faktor yang tidak dapat diselesaikan bersama, maka usaha menjadikan Jaami selaku rakyat Malaysia tidak dapat dicapai. FAM menerusi Saifuddin turut mengucapkan selamat maju jaya buat pemain berkenaan.

Sumber:

Leave a Reply