“Pembantu Jurulatih Perlu Ada Karakter Tegas Dan Pengalaman Mendalam Tentang Bola Sepak” – B. Satiananthan

B Satiananthan Selangor PJ City Liga Super 2020

B. Satiananthan selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) memberi cadangan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat beberapa aspek penting dalam pemilihan pembantu jurulatih baharu yang bakal membantu Kim Pan-gon yang kini dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Jelas beliau, beberapa aspek seperti karakter, pengalaman, dan umur calon jurulatih amat penting memandangkan calon tersebut bakal memainkan peranan penting untuk membantu Pan-gon ‘mencipta’ DNA baharu skuad kebangsaan.

“Bagi saya, pembantu jurulatih yang dilantik FAM nanti perlulah ada satu karakter yang tegas selain mempunyai pengalaman mendalam tentang bola sepak Malaysia.

“Keutamaan juga harus diberikan kepada jurulatih yang mempunyai lesen kejurulatihan Pro A. Jika jurulatih itu sekadar ada lesen (kejurulatih Pro) B, ada kemungkinan pemain sendiri tidak patuh arahannya.

“Ini kerana jurulatih itu yang akan menjadi ‘orang tengah’ antara pemain dan ketua jurulatih (Pan-gon). Jadi FAM harus memperhalusi semua elemen, baik karakter, umur mahupun pengalaman jurulatih itu,” katanya kepada Sukan Sinar pada Jumaat.

Khamis lalu, Mohd Saifuddin Abu Bakar yang merupakan Setiausaha Agung FAM telah menjelaskan, badan induk itu tidak menetapkan sebarang ciri spesifik buat mana-mana individu yang ingin mencalonkan diri bagi mengisi jawatan sebagai pembantu jurulatih skuad negara.

“Kalau boleh FAM jangan cari individu yang terlalu muda atau terlalu tua. Cukup jika jurulatih itu mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia kerana dia lebih mengetahui pemain tempatan.

“Bukan maksud saya jurulatih muda tidak bagus. cuma takut kalau jurulatih muda dilantik, dia akan hanya mengikut arahan Pan-gon. Itu saya rasa mungkin tidak akan membantu prestasi pasukan kebangsaan,” jelasnya.

Satiananthan ketika ditanya mengenai calon yang dirasakan sesuai, beliau mencadangkan Zainal Abidin Hassan kerana merasakan ciri-ciri sesuai yang ada pada bekas pengendali Melaka United.

“Saya lihat Zainal okay, beliau layak berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pemain kebangsaan dan jurulatih. Tapi terpulang kepada beliau sama ada berminat atau tidak jika mendapat tawaran FAM,” ujarnya.

Datuk Ong Kim Swee yang kini merupakan pengendali Sabah pula mempunyai pandangan yang berbeza mengenai calon pembantu jurulatih apabila mementingkan aspek pengalaman dan kualiti menjadi keutamaan.

“Saya tak rasa umur akan memainkan penting dalam pemilihan penolong jurulatih. Apa yang perlu dilihat ketika ini adalah kualiti dan pengalaman yang dimiliki jurulatih itu.

“Saya setuju apabila FAM memberi kuasa kepada Pan-gon memilih pembantu yang dimahukan dalam mengendali pasukan kebangsaan. Tetapi FAM juga boleh mencadangkan beberapa nama kepada beliau.

“Sebab kita perlu faham, kadang-kadang ada ketua jurulatih dia tidak boleh kerja dengan sembarangan orang. Jadi apabila kita bagi dia apa yang kita mahukan tetapi dia tidak suka.

“Jadinya yang akan terkesan adalah pasukan kebangsaan itu sendiri. Sebaik-baiknya biarlah keputusan memilih penolong jurulatih itu melibatkan FAM dan Pan-gon,” ujar bekas Pengarah Teknikal FAM itu.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN