11 Rekod Yang Cristiano Ronaldo Mampu Pecahkan Sebelum Bersara

11 rekod yang masih mampu untuk Cristiano Ronaldo cipta sebelum beliau mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak.

Pemain terhebat sepanjang zaman itu sedang maraikan ulang tahunnya yang ke-37 dan beliau tidak dinafikan telah melalui karier bola sepak yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Pemain kebangsaan Portugal itu boleh dikatakan sudah berjaya memenangi segalanya yang ada dalam dunia bola sepak kecuali Piala Dunia.

https://twitter.com/stdnrsk/status/1489821495413346304?t=z-Ac3LcSmjBoKKLB7Wog8A&s=19

Lima gelaran Champions League, gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali, juga gelaran Euro dan UEFA Nations League bersama skuad kebangsaan Portugal.

Sepanjang kariernya yang sungguh luar biasa menakjubkan itu, beliau sebenarnya telah berjaya memecahkan pelbagai rekod.

Beliau baru-baru ini telah berjaya memecahkan rekod dengan menjaringkan gol ke-800 sepanjang kariernya pada September lalu, seterusnya menjadikan beliau sebagai penjaring gol antarabangsa terbanyak dalam sejarah dunia bola sepak.

Seandainya ada yang berfikir bahawa Ronaldo akan memikirkan untuk bersara di usia 37 tahun, andaian itu sebenarnya jelas sekali salah.

Pemain kebangsaan Portugal itu langsung tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau sudah tiba ke penghujung kariernya, sebaliknya beliau seolah-olah mahu membuktikan yang masih banyak yang boleh beliau capai walau sudah dianggap pemain veteran.

https://twitter.com/RMnaldo7/status/1489906715415900161?t=apI5XIaLQEk3Fa0y4Ru6fQ&s=19

Bagi meraikan ulang tahun beliau yang ke-37, media The Mirror telah menyenaraikan 11 rekod yang masih boleh Cristiano Ronaldo pecahkan sebelum beliau benar-benar bersara.

1) 100 gol dalam saingan Premier League dan La Liga

Tidak ada pemain yang pernah menjaringkan 100 gol dalam kedua-dua Premier League dan La Liga, namun Ronaldo sebenarnya sudah hampir untuk mencapai tahap itu.

Beliau berjaya menjaringkan 311 gol dalam saingan liga bola sepak Sepanyol dan hanya memerlukan lapan gol lagi dalam saingan Premier League untuk mencapai angka 100.

Beliau sepertinya akan mampu melaksanakan hal itu sebelum tamat musim ini atau selewat-lewatnya pada awal musim hadapan (kalau tak tinggalkan Old Trafford).

2) Gol terbanyak dalam saingan Premier League (satu musim)

Ronaldo berjaya memecahkan rekod ini pada musim 2007/08 yang lalu ketika beliau menjaringkan 31 gol untuk Red Devils dalam saingan Premier League.

Walau bagaimanapun, Mohamed Salah kini merupakan pemegang rekod tersebut selepas beliau berjaya menjaringkan 32 gol untuk Liverpool pada musim 2017/18.

Musim ini mungkin sukar untuk Ronaldo capai hal tersebut kerana beliau baru menjaringkan lapan gol sahaja, namun tak mustahil beliau akan mampu lakukannya pada musim hadapan.

3) Pemain paling tua memenangi kasut emas

Jamie Vardy memegang rekod ini selepas kejayaan beliau memenangi anugerah kasut emas pada musim 2019/20, dengan beliau ketika itu sudah berusia 33 tahun.

Ronaldo jelas sekali perlu berusaha lebih keras untuk memenangi anugerah tersebut di usia 37 tahun kerana rekod jaringannya musim ini tidak begitu baik.

Dan tak mustahil untuk melihat beliau memenangi anugerah kasut emas pada usianya 38 tahun pada musim hadapan seandainya beliau mampu konsisten menjadi mesin pencetak gol untuk Red Devils.

4) Pemain paling tua catat hat-trick

Teddy Sheringham merupakan pemegang rekod tersebut pada ketika ini, dengan beliau berjaya mencatatkan hat-trick ketika berusia 37 tahun 146 hari.

Selepas 146 hari dari sekarang, seandainya Cristiano Ronaldo mencatatkan hat-trick, beliau secara tak langsung akan turut pecahkan rekod ini.

5) Hat-trick Man Utd

Agak mengejutkan untuk mengetahui yang Ronaldo hanya pernah sekali sahaja mencatatkan hat-trick untuk Manchester United.

Ia bermaksud beliau perlu mencatatkan tujuh lagi hat-trick untuk menyamai rekod milik Wayne Rooney yang berjaya merekodkan lapan hat-trick untuk Red Devils.

Rekod ini sepertinya agak mustahil untuk beliau pecahkan, namun tak mustahil untuk melihat beliau akan mampu pecahkan rekod tersebut.

6) Pemain Man Utd pertama yang akan menjuarai Premier League bersama dua pengurus berbeza

Hal ini jelas sekali mungkin tidak akan berlaku di bawah kendalian Ralf Rangnick, namun mungkin ia akan berlaku di bawah kendalian Mauricio Pochettino? Erik Ten Hag?

7) Gol terbanyak dalam satu musim untuk Man Utd

Musim 2007/08 seperti yang ditulis di atas, Ronaldo berjaya menjaringkan 42 gol dalam semua pertandingan. Namun rekod terbaik United dipegang oleh Denis Law yang menjaringkan 46 gol pada musim 1963/64.

Sepertinya Ronaldo perlu berusaha lebih keras untuk memecahkan rekod tersebut dan andai beliau berjaya, dari rekod ini sahaja beberapa rekod lain akan turut berjaya dipecahkan.

8) Gelaran Champions League terbanyak

Legenda Real Madrid, Pace Gento memegang rekod enam kali menjulang kejuaraan Eropah. Namun Ronaldo akan jadi pemain pertama yang memenangi enam gelaran Champions League seandainya beliau berjaya membantu United membawa pulang Piala telinga capang itu pada musim ini.

9) Penjaring terbanyak Man Utd dalam saingan Champions League

Ronaldo perlu mengejar rekod yang dipegang oleh Ruud Van Nistelrooy yang sebelum ini cemerlang menjaringkan 35 gol dari 43 penampilan untuk Red Devils dalam saingan Champions League.

Ronaldo pada ketika ini hanya memerlukan 15 gol sahaja lagi untuk memecahkan rekod tersebut dan sepertinya beliau akan mampu melakukan hal itu seandainya konsisten pada musim hadapan.

10) Gol terbanyak Eropah (satu musim)

Percaya atau tidak, Ronaldo berjaya menjaringkan 17 gol ketika membantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League pada musim 2013/14 dan itu bukanlah rekod terbaik Eropah.

Hal ini kerana Radamel Falcao berjaya menjaringkan 18 gol ketika beliau membantu Atletico Madrid memenangi gelaran Europa League pada musim 2010/11.

Ronaldo perlu menjaringkan 12 gol lagi dalam aksi saingan Champions League pada musim ini, dalam usahanya untuk memecahkan rekod tersebut.

11) Caps antarabangsa terbanyak

Ronaldo merupakan pemegang rekod penjaring gol terbanyak di pentas bola sepak antarabangsa, namun bagaimana pula dengan rekod penampilan?

Beliau sudah beraksi sebanyak 184 kali untuk skuad kebangsaan Portugal dan Ronaldo berkesempatan untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh legenda bola sepak Malaysia, Soh Chin Ann yang membuat 219 penampilan untuk skuad Harimau Malaya.

Mampukah beliau untuk mengejar rekod tersebut ketika usianya sudah mencecah 37 tahun?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN