5 Pemain Penyerang Terhebat Portugal Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini

Portugal merupakan negara yang berjaya melahirkan ramai pemain-pemain penyerang berbakat dalam dunia bola sepak.

Pemain seperti Eusebio, Luis Figo dan Cristiano Ronaldo merupakan antara legenda terhebat sepanjang zaman Portugal.

Kesemua mereka memiliki karier yang sungguh luar biasa menakjubkan dan telah mengangkat martabat bola sepak Portugal ke tahap yang lebih tinggi.

Tidak dinafikan barisan pemain penyerang yang Portugal ada pada ketika ini juga tidak kurang hebatnya.

Bahkan pada hari ini, jentera serangan merupakan kekuatan utama skuad kebangsaan Portugal dengan mereka memiliki pemain penyerang dan midfield yang sungguh berkualiti tinggi.

Barisan pemain inilah yang membantu Portugal untuk menjuarai saingan Euro 2016 dan UEFA Nations League 2019 sebelum ini.

Para pemain Portugal terkenal dengan kemampuan teknikal mereka yang menakjubkan, dan juga sikap bekerja keras mereka yang mengagumkan.

Ramai bintang-bintang utama Portugal kini sedang berkelana ke pelbagai negara di dunia untuk beraksi bersama kelab-kelab terhebat dalam dunia bola sepak.

Tanpa melengahkan masa, berikut merupakan lima pemain penyerang terhebat Portugal dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Goncalo Guedes (Valencia)

Goncalo Guedes merupakan pemain penyerang yang meledak gol kemenangan ketika membantu Portugal menjuarai saingan UEFA Nations League pada tahun 2019 yang lalu.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu tidak kerap digunakan dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan Portugal sejak kebelakangan ini.

Beliau hanya membuat lapan penampilan sahaja untuk skuad kebangsaannya sejak dua tahun kebelakangan ini.

Sejak melalui musim yang agak mendukacitakan pada musim 2020/21, Guedes sepertinya sudah berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini.

Sepanjang musim lalu, beliau hanya berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan lima assists dari 31 penampilan dalam saingan La Liga.

Guedes walau bagaimanapun berjaya memperbaiki rekod tersebut pada musim ini, dengan beliau pada ketika ini sudah berjaya menjaringkan lapan gol dan turut mencatatkan lima assists dari 22 penampilan bersama Valencia dalam saingan La Liga.

Beliau sangat pantas, tangkas dan seorang pemain penyerang yang gemar menggelecek pemain pertahanan lawan dengan kelincahan yang beliau miliki.

Cara beliau mencipta gandingan dengan pemain lain jelas sekali satu kelebihan yang sukar untuk dilihat ada pada pemain lain.

Di usia yang masih muda, Guedes jelas sekali mampu lebih bersinar di masa hadapan seandainya beliau konsisten dengan tahap persembahannya seperti sekarang.

4) Rafael Leao (AC Milan)

Rafael Leao merupakan salah seorang pemain muda yang paling menyerlah dalam saingan Serie A pada ketika ini.

Bintang berusia 22 tahun itu merupakan pemain sayap yang sangat licik dan lincah serta sukar untuk dikawal oleh pemain pertahanan lawan.

Beliau selain dari memiliki ketinggian yang menakjubkan, Rafael Leao juga merupakan seorang penyerang yant athletic dengan kelebihan skill menggelecek dan larian pantas melepasi pemain pertahanan lawan.

Leao merupakan ancaman utama pasukan lawan yang bertemu AC Milan, terutama melibatkan situasi serangan pantas.

Pemain kebangsaan Portugal itu menyertai The Rossoneri dari Lille pada tahun 2019 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €23 juta.

Beliau berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam skuad AC Milan sejak dari awal beliau ditandatangani.

Leao tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan beliau sudah berjaya menjaringkan lapan gol dan turut mencatatkan lima assists dari 24 penampilan dalam semua pertandingan bersama Milan.

3) Andre Silva (RB Leipzig)

Andre Silva berjaya menghidupkan semula kariernya di Eintracht Frankfurt pada musim lalu. Pemain kebangsaan Portugal itu telah dipinjamkan ke Sevilla dan Eintracht Frankfurt dari AC Milan pada musim 2018/19 dan musim 2019/20.

Silva berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam saingan Bundesliga pada musim pertamanya di Jerman.

Namun begitu, pada musim 2020/21 selepas melengkapkan perpindahan secara tetap ke Frankfurt, beliau dilihat seolah-olah memiliki saingan bola sepak Jerman dengan kehebatannya.

Silva berjaya menjaringkan 29 gol dan turut mencatatkan 10 assists dari 34 penampilan dalam semua pertandingan pada musim lalu.

Beliau berjaya mengakhiri saingan liga pada musim lalu di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak Bundesliga selepas meledak 28 gol dari 32 penampilan.

Beliau dengan segera dipandang sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat di benua Eropah dan menjadi sasaran beberapa kelab gergasi dalam dunia bola sepak.

Beliau kemudiannya telah ditandatangani oleh RB Leipzig dengan nilai €23 juta dan kini beliau menjadi antara pemain terpenting gergasi Jerman itu.

Pemain berusia 26 tahun itu sudah berjaya menjaringkan 11 gol dan mencatatkan enam assists dari 29 perlawanan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.

2) Diogo Jota (Liverpool)

Diogo Jota telah berjaya mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penyerang muda yang sangat mengujakan ketika kariernya bersama Wolverhampton Wanderers.

Namun sebaik beliau menyertai Liverpool, Jota telah menjadi salah seorang pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak.

Dengan Roberto Firmino kini gagal untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya seperti beberapa musim sebelum ini, Jota lebih kerap membantu Liverpool untuk menjaringkan gol-gol penting.

Pemain berusia 25 tahun itu kerap kali membuktikan kemampuan sebenar beliau sepanjang beraksi di bawah kendalian Jurgen Klopp.

https://twitter.com/LiverpooIComps/status/1484584668133527556?t=JmzPelKF3Tnjc2IoA2LQ_w&s=19

Beliau berjaya menjaringkan 14 gol dan mencatatkan dua assists dari 28 penampilan dalam semua pertandingan untuk Liverpool sepanjang musim ini.

Jota juga mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol dengan pelbagai cara, dan walaupun beliau hanya berketinggian 178cms, namun beliau tetap memiliki kualiti penyudah di udara yang sungguh menakjubkan.

Beliau sememangnya mempunyai kualiti penyudah yang mengagumkan dengan Jota cemerlang membina gandingan mantap bersama rakan sepasukannya di kawasan final third.

1) Cristiano Ronaldo (Manchester United)

Cristiano Ronaldo merupakan salah seorang pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman, dengan bintang Portugal itu pada musim ini telah kembali beraksi bersama Manchester United.

Ia bukanlah musim yang baik untuk The Red Devils, namun mereka mungkin akan melalui musim yang lebih teruk seandainya tanpa Cristiano Ronaldo.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu berjaya menjaringkan gol-gol penting yang secara tak langsung menyelamatkan Man Utd dari berdepan kekalahan.

Ronaldo jelas sekali tidak sehebat beliau yang dahulu, namun beliau tidak dinafikan lagi sememangnya masih lagi antara pemain centre-foward terbaik dalam dunia bola sepak.

Pemain berusia 36 tahun itu berjaya menjaringkan 14 gol dan mencatatkan tiga assists dari 24 penampilan dalam semua pertandingan untuk Manchester United sepanjang musim ini.

Beliau turut memenangi kasut emas ketika aksi saingan Euro 2020 yang lalu, selepas kejayaan beliau menjaringkan empat gol dan mencatatkan satu assists dari empat penampilan untuk skuad kebangsaan Portugal.

Ronaldo turut berjaya memenangi anugerah kasut emas dalam saingan Serie A pada musim lalu, selepas kejayaan beliau menjaringkan 29 gol dari 33 penampilan untuk Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN