‘’Syukur Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan’’- Syihan Tak Anggap Diri Penjaga Gol Utama Malaysia

Ahmad Syihan Hazmi yang tampil cemerlang pada saingan Piala AFF musim lalu menepati ramalan ramai pemerhati bola sepak negara, selepas dirinya terus terpilih dalam senarai pemain Malaysia untuk aksi persahabatan antarabangsa tidak lama lagi.

Syihan yang kini menggalas tugas selaku penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), tampil dengan prestasi memberansangkan bersama pasukan tersebut dengan hanya dibolosi satu gol sahaja daripada lima perlawanan.

Walaupun begitu, pemain bertubuh tinggi lampai ini tampil merendah diri dengan menyatakan beliau masih lagi belum sempurna untuk dilabel selaku penjaga gol utama Malaysia sambil menyifatkan tiga lagi rakannya turut mempunyai kelebihan tersendiri.

Menurut Syihan, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, Damien Lim, serta Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilihat mempunyai potensi tersendiri untuk terpilih selaku penjaga gol utama dalam aksi sulung Malaysia berdepan Turkmenistan khamis ini.

Selain Turkmenistan, skuad kebangsaan turut akan menghadapi satu lagi aksi persahabatan bersama satu lagi negara iaitu Hong Kong pada Selasa depan dan dianggap sebagai salah satu lawan yang mencabar.

“Saya tidak anggap diri ini penjaga gol utama skuad kebangsaan malah tiga lagi yang lain ada kelebihan tersendiri dan semuanya saya serahkan kepada ketua jurulatih, Kim Pan Gon untuk memilih siapa yang akan beraksi.

“Apapun, saya bersyukur apabila dipanggil untuk menjalani latihan dan ia juga memberi peluang untuk saya menambah kap ke-10 seandainya terpilih dalam kesebelasan utama.

“Peluang yang diberikan oleh jurulatih (Pan Gon) sememangnya tidak akan dilepaskan tapi saya kena kerja lebih keras untuk memantapkan lagi corak permainan tatkala menjadi tonggak terakhir menjaga gawang untuk skuad Harimau Malaya,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Syihan mengakui ada perbezaan yang ditampilkan oleh skuad kali ini, sambil berharap para pemain lain mampu memberi komitmen tinggi untuk mengharungi dua aksi persahabatan tersebut.

Antara perbezaan dikesan kali ialah pemilihan muka-muka baharu yang membarisi skuad kebangsaan buat pertama kali seperti Fayadh Zulkifli, Nooa Laine, Feroz Baharudin serta beberapa nama lagi.

Selain itu, kaedah latihan yang diterapkan oleh Kim Pan-gon juga diakui Syihan sebagai berintensiti tinggi dan enggan para pemain mengamalkan sikap sambalewa dan mahu pemain memberi fokus 100 peratus dalam perlawanan dihadapi.

“Namun, saya tidak mahu letak dalam keadaan selesa, kerana setiap cabaran yang diberikan ada tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana dalam permainan bola sepak bukan mudah menjadi pemain yang mantap segalanya,” tegas Syihan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN