Maksud Tersirat Di Sebalik 16 Hantaran Yang Menghasilkan Gol Ketiga JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin melebarkan dominasi mereka apabila gah membenam Selangor dalam dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dengan jaringan 4-0.

Selangor pada awalnya dilihat berjaya memberikan saingan kepada JDT apabila mereka berjaya mengekang pasukan lawan daripada menjaringkan gol ketika babak pertama perlawanan.

Mereka tidak gentar untuk menaikkan garisan bertahan mereka dalam mengekang kelancaran gerakan serangan JDT yang banyak dimulakan daripada penjaga gol, Syihan Hazmi.

Meskipun menerima tekanan daripada Selangor, JDT mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila menjaringkan empat gol di separuh masa kedua, dan sudah tentu tumpuan diberikan kepada kualiti hantaran yang dilakukan oleh Afiq Fazail ketika mereka menjaringkan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini.

Namun, bola sepak merupakan sukan yang dimainkan secara kolektif, dan kredit wajar diberikan juga kepada pemain-pemain JDT yang terlibat secara langsung bagi membebaskan Afiq Fazail untuk melakukan hantaran penembusan berkualiti kepada rakan sepasukannya yang membawa kepada jaringan gol ketiga mereka dalam perlawanan ini.

Dalam analisis kali ini, kami akan berkongsikan elemen-elemen taktikal yang tersirat di sebalik 16 hantaran pendek yang dilakukan oleh pemain-pemain JDT sejurus sebelum gol ketiga mereka dijaringkan.

‘Fluidity’ permainan menerusi ‘ball circulations’

Kecemerlangan JDT dalam transisi permainan pantas, serta mengoptimumkan peluang menerusi situasi bola mati membantu mereka untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

Namun, kunci kepada keberkesanan permainan mereka bersandarkan kepada kelancaran (fluidity) permainan yang terhasil menerusi pengedaran bola yang pantas (ball circulations).

Setiap kali memperoleh penguasaan bola, pemain-pemain JDT akan saling bertukar-tukar hantaran ke segenap penjuru padang bagi menggerakkan pemain-pemain Selangor untuk keluar daripada posisi bertahan mereka. Setiap kali JDT bertukar-tukar hantaran, pemain-pemain Selangor akan melakukan ‘shifting’ bagi mengimbangi struktur bertahan mereka secara kolektif.

Namun, kelajuan serta kekemasan hantaran-hantaran yang dilakukan JDT ini secara tidak langsung berupaya memecahkan blok pertahanan Selangor, sekali gus membuka ruang buat Afiq Fazail untuk bebas beroperasi di ‘space in between the lines’ sebelum gol ketiga tersebut dijaringkan.

Afiq Fazail memanipulasi ‘space in between the lines’

Merujuk kepada elemen ‘ball circulations’ yang dibincangkan sebelum ini, pergerakan bola pantas yang dilakukan oleh JDT berjaya memecahkan kepadatan blok pertahanan Selangor ekoran terdapat bukaan ruang di antara pemain-pemain mereka ketika melakukan ‘shifting’ mengikut arah pergerakan bola.

Tatkala Afiq menerima hantaran bola daripada Jordi Amat, JDT telahpun bertukar-tukar hantaran sesama pemain mereka sebanyak 16 kali.

Bukaan ruang yang tercipta di antara pemain-pemain Selangor berjaya ‘membebaskan’ Afiq di ‘space in between the lines’, sekali gus membolehkan dirinya untuk menerima hantaran bola tersebut tanpa sebarang tekanan daripada pemain lawan.

Situasi ini turut membolehkannya untuk meletakkan kedudukan badannya dalam situasi yang terbuka serta berbekalkan ruang serta masa yang mencukupi bagi menilai opsyen hantaran yang seterusnya.

Prinsip asas serangan

Gerakan serangan ini turut berpaksikan prinsip asas serangan itu sendiri. Hantaran penembusan daripada Afiq berjaya membelah barisan pemain lawan dengan pantas (penetration).

Sokongan pergerakan daripada rakan sepasukannya iaitu Arif Aiman yang bijak menghidu hantaran serta ruang yang ingin dieksploitasi turut berjaya membantu kemajuan pergerakan bola JDT (movement dan support)

JDT mencipta situasi ‘superiority’

Secara tidak langsung, ‘fluidity’ permainan JDT berjaya meletakkan JDT untuk berada di kedudukan serangan yang baik bagi menghukum pasukan Selangor (positional superiority).

Selain daripada itu, kepantasan pemain-pemain JDT yang lain seperti Juan Muniz dan Fernando Forestieri untuk menyertai Arif turut membolehkan mereka untuk memiliki kelebihan daripada aspek bilangan pemain (numerical superiority).

Kualiti yang dimiliki oleh pemain-pemain JDT membantu kesempurnaan gerakan serangan ini kepada jaringan gol ketiga mereka menerusi Forestieri iaitu qualitative superiority.

Gerakkan bola untuk pecahkan lawan

Secara kesimpulan, pegerakan yang membawa kepada jaringan gol ini mampu menjadi manifestasi kepada corak bola sepak yang dipersembahkan oleh pasukan JDT ketika ini.

Memetik kata-kata daripada pengurus Manchester City iaitu Pep Guardiola, ‘move the ball to move the opponents’.

Pasukan JDT mempamerkan ‘fluidity’permainan yang pantas untuk menarik keluar pemain lawan daripada posisi bertahan mereka, sekali gus membantu mereka dalam mengeksploitasi sebarang bukaan ruang yang terhasil, dan situasi ini merupakan antara contoh terbaik bagi menggambarkan maksud mutiara kata daripada pengurus Manchester City tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN