Penyokong Arsenal Kecewa Rashford Lebih Diberi Tumpuan Berbanding Martinelli

Segelintir penyokong Arsenal meluahkan rasa kecewa mereka di media sosial dengan menyatakan pemain bintang pasukan tersebut iaitu Gabriel Martinelli sepatutnya mendapat perhatian lebih seperti Marcus Rashford.

Ketika ini, Rashford menjadi pemain paling sensasi dalam saingan English Premier League (EPL), ekoran aksinya yang cemerlang untuk membantu Manchester United meraih kemenangan dalam pelbagai saingan disertai.

Walaupun begitu, rekod semasa Martinelli juga sebenarnya tidak kurang hebat selepas beliau hanya ketinggalan satu gol dan satu bantuan jaringan sahaja berbanding Rashford menerusi statistik semasa.

Sehingga kini, tiga pemain Arsenal sudah pun meledak lebih daripada 10 gol, dengan Martinelli, Bukayo Saka, serta Martin Odegaard masing-masing unggul dengan jumlah jaringan tersendiri dalam persaingan liga menerusi Sportbible.

Satu jaringan yang diledak oleh Martinelli ketika kemenangan 4-1 dicatat Arsenal baru-baru ini mengatasi Crystal Palace telah menjadikan beliau penjaring terbanyak pasukan tersebut dengan jumlah 13 gol secara keseluruhan.

Selain cemerlang meledak 13 gol, Martinelli juga turut mencatat dua bantuan jaringan musim ini bersama Arsenal untuk menyatakan betapa berpengaruhnya penyerang Brazil ini buat pasukan berkenaan.

Untuk dibandingkan bersama Rashford, pemain kebangsaan England itu pula sudah pun meledak 14 gol dalam saingan EPL bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.

Di Twitter, beberapa penyokong menganggap Martinelli juga sepatutnya mendapat perhatian lebih daripada media berbanding hanya menumpukan kepada Rashford seorang.

“Martinelli, awak sebenarnya layak mendapat penghargaan juga,” mariEscobarPawg.

“Tak perlu gunakan statistik, secara mudahnya cukup melihat aksi kedua pemain ini dan semua pun tahu Martinelli lebih bagus,” mcfcharv.

“Cukai pemain inggeris terlalu berat, biarkan Martinelli menyerlah daripada belakang. Dia akan menjadi pemain berkelas dunia nanti,” Noel Mc Govern.

“Awak lupa nak tambah satu lagi statistik iaitu Rashford dilhirkan di England, sementara Martinelli di Brazil”, Mister_Malerga.

Walaubagaimana pun, persaingan liga masih lagi diteruskan ketika ini dan sesuatu yang menarik untuk dilihat jika Martinelli mampu menyaingi rekod semasa Rashford atau tidak pada penghujung musim.

Lebih menarik, kedua pemain ini masih lagi mempunyai perjalanan panjang dalam karier bola sepak dan berpeluang untuk masing-masing mencipta sejarah tersendiri dalam pada masa akan datang.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN