Sulaiman Hussin Calon Sesuai Selaku Pengendali Baharu PDRM?

Pengendali muda berpotensi besar, Sulaiman Hussin ketika ini dilaporkan masih belum menyertai mana-mana pasukan untuk musim ini, selepas beliau sah meletak jawatan selaku pembantu jurulatih bersama Kuching City.

Selain Sulaiman, pengendali utama Kuching City ketika itu Irfan Bakti Abu Salim juga turut mengambil langkah sedemikian atas rasa tanggungjawab mereka kepada prestasi semasa pasukan yang kurang konsisten musim ini.

RASMI: Irfan Bakti & Sulaiman Hussin Sah Letak Jawatan Kendalikan Kuching City

Sulaiman yang mempunyai kelayakan penuh untuk memegang jawatan selaku pengendali utama mana-mana kelab ketika ini dilihat berpotensi besar untuk diintai khidmatnya oleh pasukan baharu dan antaranya terarah kepada PDRM.

Ini kerana PDRM masih lagi belum melantik ketua jurulatih baharu mereka, selepas sah menamatkan kontrak Azzmi Aziz dengan lebih awal sebelum itu dengan agak kontroversi.

PDRM ketika ini masih lagi mempunyai kekosongan di posisi ketua jurulatih mereka, dengan tugas tersebut kini digalas oleh pembantu pengendali, Eddy Gapil.

Pastinya Eddy tidak akan kekal selaku pengendali utama kelab kerana dilaporkan beliau masih belum mempunyai Lesen Pro Diploma seperti ketia jurulatih pasukan lain.

Maka, ini menjadi tugas utama buat pengurusan PDRM untuk cuba mendapatkan khidmat jurulatih baharu yang mempunyai kelayakan sepatutnya dan Sulaiman boleh dianggap sebagai salah satu calon paling sesuai.

Tampil dengan pendekatan mesra kepada pemain muda, Sulaiman juga sebelum ini pernah aktif selaku pengendali utama ketika beliau bersama-sama UKM FC dalam saingan Liga Premier suatu ketika.

Malah sentuhan Sulaiman bersama Irfan Bakti juga berjaya membawa Kuching City pada musim lalu untuk layak ke saingan Liga Super secara merit bersama prestasi cukup konsisten di segenap posisi.

Walaupun musim ini Kuching City dilihat agak bergelut daripada segi keputusan perlawanan, sebaliknya pula jika diperhalusi pada corak permainan dibawa pasukan tersebut tampil semakin baik pada setiap perlawanan diharungi.

Malah, PDRM juga tidak perlu gusar untuk memikirkan jurulatih baharu mereka mampu menyesuaikan diri dengan cepat atau tidak dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), kerana Sulaiman sememangnya sudah pun arif tentang bola sepak tempatan.

“Teruja Ketika Dipilih Irfan Bakti” – Sulaiman Hussin Singkap Pengalaman Bersama Kuching City

Apapun, ianya bergantung kepada pengurusan kelab jika mereka berminat atau tidak untuk mendapatkan khidmat Sulaiman pada masa akan datang atau sudah mempunyai calon jurulatih tersendiri.

Ketika ditanya Sulaiman sebelum itu mengenai status semasa beliau, pengendali tersebut mengakui masih lagi bebas dan tidak mengikat kontrak bersama mana-mana kelab baharu lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN