RASMI: Irfan Bakti & Sulaiman Hussin Sah Letak Jawatan Kendalikan Kuching City

Pengendali berpengalaman negara, Irfan Bakti Abu Salim secara rasminya dilaporkan telah pun melepaskan jawatan beliau selaku jurulatih utama Kuching City pada pertengahan musim ini.

Irfan Bakti yang mengetuai barisan kejurulatihan Kuching City sejak musim 2021 sebelum itu sudah pun menghantar surat surat peletakan jawatan beliau sebagai pengendali utama kelab dan dinyatakan sendiri menerusi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Kami turut bertanyakan sendiri kepada pembantu jurulatih Kuching City musim ini iaitu Sulaiman Hussin untuk mendapat pengesahan lebih lanjut, dan beliau turut mengakuinya.

Malah, Sulaiman sendiri mengakui atas rasa tanggungjawab kepada prestasi semasa pasukan, beliau turut bersama-sama Irfan Bakti untuk melepaskan jawatan selaku pembantu jurulatih.

Jelas Sulaiman, atas rasa tanggungjawab beliau turut meletak jawatan sambil berterima kasih kepada pengurusan kelab kerana budi yang telah diberikan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kuching City kerana selama berada di sini, mereka sangat bertanggungjawab dan menjaga kami dengan sangat baik.

“Oleh itu, pada situasi yang berlaku kini kami merasa sangat bertanggungjawab dan meletak jawatan adalah pilihan terbaik, semoga selepas ini Kuching City akan terus berjaya, InsyaAllah,” jelas Sulaiman kepada kami.

Selepas melalui segalanya dengan cukup baik pada musim lalu, musim ini segalanya tampil tidak begitu berjalan lancar buat Kuching City daripada segi prestasi di atas padang.

Sumbangan Irfan Bakti bersama Sulaiman bersama Kuching tidak boleh dipertikaikan lagi selepas kejayaan direkodkan mereka musim lalu untuk melayakkan diri secara merit ke saingan Liga Super serta mara ke peringkat suku akhir Piala FA serta suku akhir Piala Malaysia 2022.

Malah, pasukan tersebut juga pada musim lalu cemerlang dalam menandatangani khidmat pemain import, sehingga penyerang mereka iaitu Abu Kamara dinobatkan selaku penjaring terbanyak.

Tampil dengan ramai pemain muda musim ini, Kuching City dilihat sedikit bergelut daripada segi prestasi mereka untuk menyaingi pasukan-pasukan lain jauh lebih berpengalaman.

Untuk rekod, setakat ini Kuching City berada di tangga ke-13 Liga Super daripada 14 pasukan yang bertanding menerusi satu kemenangan serta tiga kali seri untuk mengumpul enam mata secara keseluruhan.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan supaya Irfan Bakti serta Sulaiman Hussin terus berjaya dalam karier kejurulatihan bola sepak walau dimana mereka berada selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN