Stefano Lilipaly Mahupun Riko Simanjuntak Di Luar Radar Kedah

Riko Simanjuntak Stefano Lilipaly Kedah

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak pantas menafikan Kedah Darul Aman FC bakal membawa masuk Stefano Lilipaly atau Riko Simanjuntak, musim depan.

Sebelum ini, dikatakan Kedah sedang memburu tandatangan pemain dari Indonesia, Vietnam atau Singapura untuk slot terakhir import mereka, lantas menimbulkan khabar angin tentang penyertaan sama ada Stefano Lilipaly dan Riko Simanjuntak.

Semuanya BOLA turut mengeluarkan artikel mengenai mengapa Stefano Lilipaly lebih menepati citarasa Kedah, antaranya kontrak beliau bersama Bali United yang masih belum dilanjutkan. Untuk Riko Simanjuntak, kontraknya masih berbaki setahun.

Memetik kenyataan Aidil Sharin di laman Bola, beliau menafikan kedua-dua pemain tersebut menjadi sasarannya untuk melengkapkan kouta pemain import selepas mengekalkan Renan Alves, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan berjaya membawa masuk pemain skuad kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya daripada UiTM FC.

Katanya sambil mengakui pemain yang dirisik mereka juga berasal dari Indonesia, “Mengenai Lilipaly, rasanya tidak. Memang, ketika ini terdapat beberapa pemain dari Indonesia yang sedang kami pantau. Namun, belum ada sebarang keputusan mengenainya [perpindahan pemain] daripada pihak pengurusan pasukan.”

“Riko juga tidak [sasaran]. Sebenarnya, posisi yang saya inginkan adalah di jentera tengah,” tambah pengendali berusia 43 tahun itu mengenai sasarannya.

Aidil Sharin jelas masih berahsia mengenai identiti pemain tersebut dan begitu juga sumber dalaman pasukan yang sebelum itu sudah menjelaskan bahawa kedua-dua pemain yang dikaitkan sebelum ini bukanlah pemain yang cuba dirisik oleh mereka.

Memetik kenyataan di Utusan Malaysia sebelum ini, beliau berkata, “Memang nama Lilipaly hangat disebut-sebut di media sosial ketika ini, namun setakat ini pemain berusia 30 tahun itu tidak ada dalam perancangan pasukan untuk musim depan.”

Jadi, siapakah pemain yang bakal dibawa masuk Kedah? Setakat ini, yang dikatakan menjadi sasaran pasukan-pasukan di Liga Malaysia (Liga M) yang berposisi tengah adalah Evan Dimas dan pemain berdarah kacukan Belanda-Indonesia, Marc Klok. Turut terkait bersama adalah pemain tengah PSM Makassar, Rizky Pellu.

Untuk rekod, Evan Dimas pernah semusim beraksi di Liga M bersama Selangor pada musim 2018. Evan Dimas boleh bermain di posisi nombor 6, 8 dan 10, sementara Marc Klok pula adalah pemain berposisi nombor 6 dan Rizky Pellu (nombor 6 dan 8).

KREDIT FEATURED IMAGE: INFO SEPAK BOLA INDONESIA

Baca lagi artikel mengenai Stefano Lilipaly, Riko Simanjuntak dan Kedah:

Mengapa Stefano Lilipaly Hangat Dikaitkan Perpindahan Ke Kedah?

Piala AFF 2018: Riko Simanjuntak Inspirasi Kebangkitan Indonesia Atasi Timor Leste

Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN