Mengapa Stefano Lilipaly Hangat Dikaitkan Perpindahan Ke Kedah?

stefano lilipaly bali united kedah

Pemain skuad kebangsaan Indonesia, Stefano Lilipaly pada ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan naib juara Liga Super, Kedah.

Sebenarnya dua nama pemain Indonesia yang telah dikaitkan bakal menyertai Kedah untuk musim hadapan, namun melihat kepada beberapa situasi, kemungkinan pemain yang dimaksudkan ketika ini adalah Stefano Lilipaly. Seorang lagi pemain yang turut dikaitkan dengan Helang Merah adalah pemain Persija Jakarta, Riko Simanjuntak.

Menurut laman Twitter, IndosTransfer, kedua-dua pemain tersebut sememangnya menjadi sasaran Kedah untuk mengisi slot pemain import ASEAN, apabila Kedah melepaskan bek kiri asal Singapura, Shakir Hamzah – selepas dua musim.

Import terakhir posisi tengah

Menurut klu pertama yang diberikan oleh Aidil Sharin, beliau terpaksa melepaskan Shakir Hamzah kerana sudah memiliki seorang pemain import di posisi pertahanan – Renan Alves. Ini memberi bayangan yang pengendali berasal dari Singapura itu mahukan seorang pemain import untuk posisi lain, dan ianya semestinya di tengah.

Pemain yang baharu menyertai Kedah daripada UiTM FC, Rabih Ataya merupakan seorang pemain yang mampu beraksi di semua posisi tengah, namun kekuatan utamanya adalah di sebelah sayap kanan. Kedah memiliki dua penyerang berbisa, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche. Jadi, pemain terakhir adalah berposisi tengah.

Pemain nombor 6, 8 atau 10

Pemain tersebut semestinya boleh beraksi di tengah – sama ada pemain nombor 6, 8, 10 ataupun kesemuanya. Ini kerana, Kedah sudah mempunyai kekuatan di semua posisi di bahagian tengah kecuali posisi yang disebutkan. Amin Nazari gagal memberi impak sebagai pemain import yang dibawa masuk untuk mengisi posisi itu.

Dengan keluarnya Amin Nazari dan pemain kacukan, David Rowley, dijangkakan jentera tengah itu bakal menerima kemasukkan ahli baharu dan Stefano Lilipaly adalah pemain yang boleh beraksi di posisi tersebut – malah juga kompetan untuk posisi sayap, berbanding Riko Simanjuntak yang merupakan pemain sayap menyerang.

Masih ingat kemenangan 3-2 Malaysia ke atas Indonesia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023? Stefano Lilipaly merupakan tonggak utama mereka dan hampir meledakkan jaringan ketiga Sang Garuda seawal babak kedua, selepas dua kali memperdayakan pemain pertahanan Malaysia dengan lenggokkan badannya.

Kontrak pemain tersebut

Menurut IndosTransfer, pemain yang kuat dikaitkan dengan Kedah adalah pemain yang berada di tahun akhir kontraknya. Untuk Riko Simanjuntak, kontraknya bersama Persija Jakarta masih berbaki sehingga Disember 2021. Agak mustahil buat Kedah untuk mengeluarkan belanja untuk menebus kontrak pemain tersebut ketika ini.

Namun, untuk Stefano Lilipaly, suatu yang masih menimbulkan tanda tanya di Indonesia adalah, mengapa Bali United masih belum melanjutkan kontraknya yang bakal berakhir bulan hadapan. Dan jika masih tiada khabar berita daripada pengurusan pasukan, kemungkinan besar pemain yang dilahirkan di Belanda itu bakal berhijrah.

Dan menepati perkhabaran daripada sumber dalaman kepada Harian Metro, pemain import terakhir Kedah dengan kouta ASEAN bakal diketahui pada bulan hadapan.

KREDIT FEATURED IMAGE: BALI UNITED

Baca lagi artikel mengenai Stefano Lilipaly dan Kedah:

Stefano Lilipaly: Pemain Indonesia Yang Bermain Di Liga Eredivisie Belanda

Piala AFF 2018: Riko Simanjuntak Inspirasi Kebangkitan Indonesia Atasi Timor Leste

Kelibat Rabih Ataya Di Alor Setar, Sah Bakal Sarung Jersi Kedah

Leave a Reply