Stefano Lilipaly: Pemain Indonesia Yang Bermain Di Liga Eredivisie Belanda

Stefano Lilipaly merupakan pemain Indonesia yang baru saja menyertai kelab liga divisyen 2 Belanda- SC Cambuur.

Beliau sebelum ini pernah bermain di beberapa kelab termasuklah termasuklah Persija Jakarta di Indonesia.

Darah campuran

Lilipaly merupakan pemain bola sepak berdarah kacukan Indonesia-Belanda.

Beliau dilahirkan di Arnhem, Belanda dalam keluarga yang dimana bapanya berketurunan Moluccan dari Indonesia sementara ibunya berdarah Belanda.

Beliau memulakan karier beliau dengan bermain di peringkat kanak-kanak untuk pasukan DCG di Belanda pada tahun 1997 hingga 2000.

Selepas itu beliau diterima masuk untuk bermain bersama akademi AZ Alkmaar sehingga tahun 2001 sebelum menyertai skuad remaja FC Utrecht dari tahun 2001-2010.

Ketika remaja, Lilipaly yang bermain di bahagian tengah pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Belanda untuk pasukan kebangsaan Belanda B-15 dan B-17.

Jelajah

Lilipaly memulakan karier senior beliau bersama FC Utrecht pada tahun 2010 dan berjaya melakukan 30 penampilan serta menjaringkan 2 gol untuk pasukannya selama 2 tahun.

Selepas itu beliau mula bermain di beberapa kelab seperti Almere City dan Consadole Sapporo di Jepun.

Selepas hanya melakukan 4 penampilan sahaja selama setahun di Jepun, beliau pulang ke negara bapanya iaitu di Indonesia untuk bermain bersama Persija Jakarta. Namun beliau hanya bermain selama setahun dan melakukan 3 penampilan sahaja.

Lilipaly kemudiannya pulang semula ke Belanda untuk bersama pasukan Telstar pada tahun 2015 hingga 2017. Di Telstar, beliau berjaya melakukan 45 penampilan dan menjaringkan 9 gol.

Pergi ke Cambuur

Bakat beliau di kesan oleh SC Cambuur dan beliau dilamar oleh kelab divisyen 2 Belanda itu untuk musim 2017.

Beliau menandatangani kontrak bersama SC Cambuur selama 2 tahun dan hanya akan menyertai kelab pada musim panas akan datang.

Menurut Gerald van den Belt yang merupakan pengarah teknikal SC Cambuur, beliau sangant gembira kerana berjaya mendapatkan khidmat pemain berusia 27 tahun itu.

“Kami gembira berjaya mendapatkan khidmat Lilypaly. Kami sudah lama mengikut perkembangan beliau dan beliau adalah seorang pemain tengah versi bola sepak moden yang bola bermain bertahan dan juga menyerang.”

Selain bermain untuk SC Cambuur, beliau juga merupakan pemain skuad kebangsaan Indonesia.

Walaupun beliau mewakili Belanda di peringkat remaja. Tetapi beliau memilih untuk mewakili negara bapanya di peringkat senior.

Lilipaly merupakan sebahagian skuad Indonesia yang mara ke perlawanan akhir Piala AFF tahun lalu. Mereka tewas di tangan Thailand di perlawanan akhir.

Baca juga: Jatuh Bangun Bola Sepak Sarawak, Cerita Di Sebalik Ngap Sayot Dan Bujang Senang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN