Bukan sahaja pengendali Kuala Lumpur, Nidzam Adzha berdepan terlepas jawatan disandangnya, pengendali Pulau Pinang, Manzoor Azwira turut sama terkesan.
Ini kerana, kedua-dua pengendali tersebut tidak memiliki Lesen Pro Diploma Konfederasi Bolasepak Asia (AFC). Nidzam Adzha ketika ini sudah dimaklumkan tentang tugasan baharunya bersama The Hawks musim depan – membantu ketua jurulatih baharu yang bakal dilantik. Bagaimana pula nasib Manzoor Azwira?
Gandingan Marcote-Nidzam Adzha Akan Dijelmakan Semula Di Kuala Lumpur? https://t.co/UCqYa3Kw17 pic.twitter.com/LmKYzB4S25
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 24, 2020
Pengendali berusia 43 tahun itu cemerlang membantu Pulau Pinang menjuarai saingan Liga Premier buat julung kalinya dan meraih promosi ke Liga Super buat kali kedua berturut-turut – musim lalu dikecewakan saat akhir akibat pemotongan mata kerana gagal melunaskan tunggakan gaji bekas pemain mengikut tempoh masa.
Selain itu, Manzoor Azwira turut merekodkan 20 perlawanan tanpa kalah sejak dilantik pada pertengahan musim lalu. Rentetan tanpa kalah itu akhirnya ditamatkan oleh Terengganu FC II pada perlawanan terakhir liga dengan kekalahan 1-0.
Jadi, atas kecemerlangannya membantu pasukan sejak pertengahan musim lalu itu mendorong Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) untuk melanjutkan khidmatnya dan dengan masalah ini, apakah solusi daripada pihak FAP? Dikhabarkan menerusi Nadi Arena, mereka sedang merayu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Kursus Kejurulatihan Diploma Profesional AFC 2019-2020 di Osaka & Saitama, Jepun
Baca selanjutnya di https://t.co/FAjvXbrHpf#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/UcZUhp3ll6
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 14, 2019
Liga Super bermula pada musim ini mewajibkan setiap pengendali pasukan memiliki lesen tersebut dan semua pengendali Liga Super 2020 dilihat giat menjalani kursus tersebut, namun akibat pandemik COVID-19, kursus tersebut telah tertunda. Jadi, adakah ini boleh membantu sementara situasi Manzoor Azwira di Pulau Pinang?
Menurut Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, yang diminta untuk mengulas mengenai situasi tersebut, “Terlalu awal untuk saya ulas [tentang peluang Manzoor] disebabkan peraturan ini ditetapkan AFC sendiri, jadi mereka akan buat pertimbangan.”
“Keputusannya [pasti] akan berbeza disebabkan situasi pandemik ini, saya harap AFC dapat melihat isu semasa yang kami hadapi di Malaysia dan pertimbangan boleh diberikan kepada mana-mana pihak terbabit, yang dalam masa sama tidak beraksi dalam Piala AFC,” tambahnya lagi yang bercakap kepada Nadi Arena.
Oleh yang demikian, sekiranya jawatan Manzoor Azwira boleh diselamatkan untuk sementara, pasti Nidzam Adzha juga boleh mendapat peluang yang sama. Adakah perancangan Kuala Lumpur untuk mencari pengendali import sudah boleh dilupakan?
KREDIT FEATURED IMAGE: LEGASI LAGENDA
Baca lagi artikel mengenai Manzoor Azwira dan Pulau Pinang:
Pulau Pinang Gagal Lakar Musim ‘Invincible’ Seperti Juara Musim 2013, Sarawak
Pernah Cipta ‘Sensasi’ Pada 2003, Haris Safwan Kini Bersama Pulau Pinang
Kenapa Yusri Che Lah Antara Gandingan Istimewa Buat Manzoor Azwira