Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal berdepan Perak FC dalam tiga hari lagi dan mereka bukan sahaja bakal kehilangan dua pemain, bahkan mungkin lebih.
Ini kerana, Kedah secara rasmi menjadi pasukan pertama Liga Malaysia (Liga M) yang menerima suntikan vaksin dos pertama COVID-19 melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sebuah Klinik Kesihatan di Kuala Kedah, pada Isnin lalu.
Mengapa perlu bersedia? Secara amnya, kebanyakkan penerima vaksin dos pertama mengalami beberapa gejala dan kesihatan mereka sedikit terganggu seperti pening kepala yang kerap, lemah tubuh badan untuk beberapa hari, lenguh di lengan bahkan ada yang mengalami demam selama beberapa hari selepas menerima vaksin tersebut.
Sesetengah orang mungkin akan mengalami kesan sampingan biasa dan ringan selepas menerima vaksin COVID-19. Ini adalah simptom ringan dan akan sembuh tanpa rawatan.
Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/KHLyx3HYly #JabatanPenerangan#JapenPenang #LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/tan7hDjQb6
— Japen Penang 🇲🇾 (@PenangJapen) April 13, 2021
Namun, tidak semua akan mengalami kesan sampingan tersebut tetapi Kedah harus bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap kesihatan para pemainnya.
Kedah sah akan beraksi tanpa dua pemain yang menerima kad merah ketika tewas 1-2 kepada Terengganu FC pada Jumaat lalu iaitu bek tengah, Rodney Calvin dan pemain tengah, Fadzrul Danel. Dan, skuad Hijau Kuning katanya sudah bersedia untuk itu.
Menurut pengendali, Aidil Sharin Sahak tentang kehilangan dua pemain itu, “Kami akan mencari jalan terbaik bagi membuat penggantian kedua-dua pemain berkenaan dan kami akan gunakan tempoh yang ada untuk melakukan perubahan yang dirancang.”
“Apa yang pasti kami perlu menghadapinya dan ia satu cabaran buat pasukan dan kami harus lebih positif untuk membuat perancangan baharu,” jelasnya lagi.
#BHsukan Hilang khidmat Fadzrul, Rodney yang dilayangkan kad merah ketika menentang TFChttps://t.co/gnx4eECYr1
— Berita Harian (@bharianmy) April 14, 2021
Itu kehilangan yang pasti dan untuk pemain-pemain lain yang menerima dos pertama vaksin, jika mereka tidak dapat beraksi, apa pula perancangan Kedah nanti? Jika dilihat, tempoh masa antara hari penerimaan vaksin dan aksi berdepan Perak adalah seminggu dan seharusnya tiada lagi kesan sampingan bakal dirasai oleh para pemain.
Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata yang pihaknya mengambil kira pelbagai kemungkinan sebelum mendaftarkan pasukan Kedah sebagai penerima vaksin. Penyertaan dalam kejohanan Piala AFC 2021 juga berada dalam pertimbangan.
Ujarnya kepada Berita Harian mengenai vaksinasi tersebut, “Ini bagi memastikan keserasian kesihatan pemain dalam tempoh vaksinasi ini selaras dengan keperluan untuk merentas negara sekitar bulan Jun nanti bagi kejohanan Piala AFC 2021.”
Kedah bakal berentap dalam Piala AFC bagi Zon ASEAN di Singapura pada 22 hingga 28 Jun ini. Kedah berada dalam Kumpulan H bersama Lion City Sailors, Saigon FC dan sebuah lagi pasukan antara Persipura Jayapura, Visakha FC atau Lalenok United.
KREDIT FEATURED IMAGE: KDA FC
Baca lagi artikel lain mengenai Kedah dan Aidil Sharin Sahak:
Adakah Komen Sinis Aidil Sharin Ini Untuk ‘Tindakan’ Nafuzi Zain?
Aidil Sharin Tolak Perbandingan Penyerang Kini Dengan Era Marlon, Ken Ilso