Seaman: Henderson Perlu Tinggalkan Man Utd Untuk Bergelar Penjaga Gol Utama England

Seaman Henderson
Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Loading official content
Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood
0 seconds of 1 minute, 11 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:11
01:11
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Saudi Pro League di OneFootball

Legenda penjaga gol England, David Seaman berpendapat bahawa Dean Henderson perlu mengambil langkah untuk meninggalkan Manchester United bagi memastikan dirinya lebih mendapat tempat di hati pengendali skuad The Three Lions, Gareth Southgate.

Dua musim dipinjamkan ke Sheffield United, Henderson telah memainkan peranan penting apabila dengan cemerlang mengemudi benteng akhir kelab tersebut sehingga berjaya membawa The Blades  ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20.

Beraksi di pentas tertinggi bola sepak England itu juga menyaksikan Henderson berjaya membuktikan kualiti hebatnya sekali gus membantu Sheffield United menamatkan kempen musim lalu di tangga kesembilan sebelum kembali semula ke Old Trafford untuk bergelar penjaga gol kedua Manchester United pada musim ini.

United yang terus meletakkan kepercayaan terhadap David De Gea, peluang buat Henderson untuk menyerlah kehilangan cukup terhad.

Keadaan itu membuatkan Seaman berpendapat adalah wajar buat penjaga gol berusia 23 tahun itu memilih haluan berbeza yang lebih memberikan peluang buatnya untuk beraksi dalam usaha merebut posisi utama dalam skuad kebangsaan England.

”Sekiranya Dean Henderson menginginkan peluang untuk menjadi penjaga gol utama England, dia perlu bermain lebih banyak perlawanan.”

”Sekiranya dia menjadi penjaga gol utama Manchester United, dia akan bergelar ancaman utama buat Jordan Pickford dan saya merasakan dia akan mengatasi Nick Pope.”

”Dia telah mendapat pengalaman ketika beraksi bersama Sheffield United,” ujar Seaman menurut laporan Goal.

”Jadi, dia sudah mempunyai segala pengalaman yang dia perlukan. Dia hanya memerlukan minit permainan, jadi sekiranya tidak di Manchester United, saya fikir dia perlu untuk memilih haluan mana-mana haluan lain.”

Selepas 19 perlawanan yang diharungi Manchester United pada musim ini, Henderson hanya beraksi pada lima perlawanan iaitu dua daripadanya dalam saingan EPL, dua penampilan Piala Carabao serta diturunkan ketika perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu Istanbul Basaksehir di Basaksehir Fatih Terim Stadium.

Kredit featured image: Matthew Peters/Manchester United via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Dean Henderson:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN