Sani Anuar Kamsani Utus Surat Terbuka, Mohon Maaf Kepada Penyokong Pulau Pinang

Sani Anuar Kamsani yang merupakan penjaga gol Pulau Pinang nyata kini sedang alami musim sukar bersama pasukannya.

Sudahlah kalah semua 5 perlawanan liga, Sani bolos 11 gol sedangkan rakan-rakannya di bahagian serangan hanya mampu jaringkan 1 gol sahaja.

Prestasi teruk ini telah mengundang kemarahan penyokong Pulau Pinang kerana mereka dambakan prestasi yang lebih baik daripada pasukan dan juga pengurusan yang dengar keluhan mereka.

Namun Sani yang sedar kemarahan penyokong, secara terbuka menulis surat terbuka kepada seluruh peminat Pulau Pinang di laman Facebook beliau.

“Kenapa macam tak reti main?”

Di Facebook, Sani menulis satu surat yang ditujukan khas kepada penyokong Pulau Pinang.

“Alhamdulillah selamat sampai, semoga penyokong yang datang ke Kuantan juga selamat sampai.”

“Selama bermain untuk Pulau Pinang, ini merupakan kali pertama saya boloskan 6 gol.”

Bolosnya Sani dengan 6 gol telah mengundang ibunya untuk bertanyakan sesuatu kepada beliau menerusi panggilan telefon.

“Saya terima panggilan dari ibu yang hanya sekali sahaja tengok saya beraksi pada tahun lalu menentang Terengganu.”

“Ibu tanya kepada saya, kenapa kawan-kawan macam tak pandai main bola?”

Cari salah sendiri

Namun soalan yang ditujukan oleh ibu Sani kepada anak lelakinya itu tidak membawa Sani untuk bercakap mengenai kesalahan rakan sepasukannya.

“Saya diajar cari salah saya sendiri baru saya cari salah orang lain.”

Waktu sebegini, Sani dan rakan-rakan hanya mampu mohon maaf dan mengharapkan semangat daripada peminat.

Gambar: Mohd Sharilza/Asiana

“Kepada penyokong, saya memohon maaf kerana tak dapat selamatkan pasukan daripada dibelasah 6-1.”

“Kami sebagai pemain akan sentiasa berikan yang terbaik kepada pasukan dalam setiap perlawanan.”

“Kebolehan adalah kunci, jika kami semua tunjuk kebolehan maka kekuatan akan muncul sekali – jika tiada maka hilanglah.”

Sani mengharap sokongan para penyokong tidak luntur. Dan mahu penyokong berikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang diturunkan.

“Jika saya tidak diturunkan, berilah sokongan kepada Syed Adney atau pun Amirul. Berikan sokongan yang anda berikan kepada saya kepada mereka pula.”

“Berikan sokongan moral kerana mereka perlukan sokongan anda. Dan saya akan sentiasa disini selagi diperlukan.”

Baca juga: KLFA Dan PDRM FA Pernah Lalui Musim Liga Super Tanpa Kemenangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN