Apabila Gennaro Gattuso Menjadi Pengurus, Statistik Ini Gambaran Terbaik

Gennaro Gattuso terkenal dengan aksi bengis beliau di dalam padang. Pemain yang tidaklah memiliki fizikal yang terlalu tegap.

Namun aksi lasak dan emosi beliau di dalam padang membuatkan ramai lawan beliau gerun. Beliau hanya fokus kepada merosakkan perancangan pasukan lawan.

Membantu pemain seperti Pirlo, Seedorf dan Kaka di tengah. Sentiasa menunjukkan muka mangsa keputusan pengadil dan seperti setiap kali wisel dibunyikan kerana faul oleh beliau, satu keputusan tak betul.

Beliau pernah mengejar lawan beliau di terowong. Bahkan pernah menampar muka Ibrahimovic. Mencekik pembantu Harry Redknapp sampai dan banyak lagi.

Peranan pivotal di bahagian paling bawah sistem tengah Milan terutama era Ancelotti menjadikan skuad Milan sangat kuat dengan adanya Gatusso yang akan cuba memenangi bola.

Mungkin ada yang tertanya – tanya, apa akan jadi jika Gattuso menjadi pengurus pasukan bola sepak? Apa akan jadi?

Adakah pertahanan beliau lasak dan bengis seperti beliau? Jawapannya, Ya!

Itu yang berlaku kepada Pisa sekarang ini. Gattuso membantu Pisa layak ke Serie B untuk musim ini.

Sekarang ini pasukan beliau hanya melepaskan 15 bolos daripada 26 perlawanan. Ratio 0.6 bolos per perlawanan adalah yang terbaik setakat ini di Serie B.

Bagaimana pula dengan serangan?

Pasukan Pisa adalah pasukan yang paling tumpul di bahagian serangan dengan menjaringkan hanya 11 gol daripada 26 perlawanan.

Ratio 0.44 gol per perlawanan adalah yang paling rendah dalam Serie B selepas 26 perlawanan.

Buat masa ini, faktor pertahanan adalah sebab kenapa mereka berada 2 mata di atas zon penyingkiran.

Baca juga: Stesen TV Brazil Arah Pengadil Henti Perlawanan Selagi Live Streaming Tak Ditutup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN