Barcelona Senaraikan Klopp Dan Coutinho Dalam Perancangan Masa Hadapan Kelab

Selepas kekalahan 4-0 di tangan PSG, masa depan Luis Enrique dikatakan agak terancam. Antara nama yang muncul adalah Jorge Sampaoli dan Ronald Koeman.

Terbaru, kelab Catalan itu turut memasukkan nama Jurgen Klopp dalam senarai mereka sekiranya Luis Enrique dan Barcelona tidak sehaluan lagi.

Barcelona turut meletakkan perancang licik Liverpool, Phillipe Coutinho sekali dalam pakej tersebut. Ini bukanlah kali pertama Barcelona dikaitkan dengan Coutinho.

Coutinho memang ada dalam data senarai pemain sasaran mereka untuk menggantikan Andres Iniesta. Jurgen Klopp pula dilihat sesuai dengan falsafah bola sepak dengan model Johan Cruyff di Barcelona.

Jurgen Klopp sendiri pernah menyatakan beliau kerap menjadikan bola sepak gaya Barcelona sebagai rujukan beliau.

Sebelum ini, beliau pernah membawa anak-anak buah beliau termasuk staf kejurulatihan menyaksikan perlawanan melibatkan Barcelona pada tahun lalu.

BARÇA – BORUSSIA MÖNCHENGLADBACH

Klopp menjadikan lawatan tersebut seperti bersantai sambil belajar sesuatu daripada Barcelona.

Luis Enrique dilihat agak tertekan sejak akhir-akhir ini. Beliau cuba mengelak untuk menjawab soalan-soalan yang kritikal dari wartawan tentang keadaan di dalam skuad beliau.

Pandangan kami, Jurgen Klopp dan Coutinho sudah menandatangani kontrak jangka panjang sebelum ini.

Jadi, ia mungkin memerlukan satu pakej bayaran luar biasa oleh Barcelona sekiranya mahukan 2 individu ini.

Klopp baru-baru ini menyatakan rasa gembira beliau untuk menolak sebarang tawaran untuk keluar dari Anfield buat masa ini termasuk ke Barcelona.

Sebelum ini juga, Barcelona menggariskan isu cuba mengawal perbelanjaan kelab setelah memberikan kontrak bonanza kepada Luis Suarez dan Neymar.

Mereka juga dalam proses untuk menyambung kontrak Lionel Messi yang masih belum diketahui jumlah yang diminta oleh Messi.

Ini kerana ayah Messi masih belum berminat untuk berbincang dengan kelab tersebut tentang kontrak baru anak beliau buat masa ini.

Seorang lagi calon mereka, Jorge Sampaoli dilihat calon yang paling realistik buat masa ini. Namun Sampaoli dikatakan mahu membawa 2 pemain dari Sevilla iaitu Escudero dan N’Zonzi.

Baca juga: Stesen TV Brazil Arah Pengadil Henti Perlawanan Selagi Live Streaming Tak Ditutup

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN