KLFA Dan PDRM FA Pernah Lalui Musim Liga Super Tanpa Kemenangan

Hanya ada 2 pasukan tanpa kemenangan dalam semusim sejak Liga Super dijenamakan semula pada 2004.

1. PDRM FA 2009

Kempen Liga Super 2009 antara detik yang mahu dilupakan oleh pasukan PDRM FA.

Mana tidaknya, mereka menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Super yang gagal memenangi sebarang perlawanan sejak ia diperkenalkan pada 2004.

Sepanjang kempen mereka hanya merekodkan 3 mata. Kesemua 3 mata tersebut datang daripada keputusan seri.

Selepas 4 bulan beraksi dalam liga baru mereka mendapat mata pertama mereka ketika seri 1-1 dengan Negeri Sembilan pada pada perlawanan ke-12.

Ia adalah rekod kemarau mata sejak perlawanan pembukaan yang paling panjang dalam sejarah Liga Super setakat ini.

Kekalahan terbesar PDRM FA pada musim tersebut hadir pada 7 Julai 2009 di Alor Star. Mereka dibelasah 7-2 oleh pasukan Kedah.

Mereka hanya menjaringkan 19 gol dan dibolosi 75 kali daripada 26 perlawanan. Menjadi pasukan ke-2 melepaskan lebih 70 bolos semusim selepas Melaka (72) pada 2007.

Ini menjadikan mereka dalam senarai dalam ratio bolos per perlawanan ke-2 terburuk untuk semusim dalam sejarah Liga Super.

Mereka merekodkan ration bolos 2.9 per perlawanan. Paling teruk adalah Melaka pada 2007 dengan 3 bolos per perlawanan.

Kuala Lumpur 2012

Manakala pada musim 2012, Kuala Lumpur mengulangi rekod hitam itu apabila gagal menang sebarang perlawanan sepanjang kempen Liga Super musim tersebut.

Kuala Lumpur mengumpul 5 mata sepanjang musim 2012 dari 5 keputusan seri pada musim tersebut. Kuala Lumpur hanya menjaringkan 14 gol daripada 26 perlawanan liga.

Ia adalah ratio jaringan semusim ke-2 terburuk dengan hanya 0.54 gol per perlawanan. Paling buruk adalah Pulau Pinang pada 2010 dengan 0.38 gol per perlawanan.

Kuala Lumpur mendapat mata pertama mereka pada perlawanan ke-4, seri menentang pasukan PKNS. Mereka seri 1-1.

Pada akhir musim mereka dipisahkan 23 mata daripada zon selamat. Itulah juga musim terakhir Kuala Lumpur beraksi di Liga Super setakat ini.

Rumusan

Hanya 2 pasukan ini sahaja yang pernah merekodkan kemarau kemenangan semusim setakat ini dalama sejarah MSL.

Kami berharap tidak ada lagi pasukan yang mengulangi sejarah hitam ini.

Baca juga: Statistik: Adakah Pulau Pinang 2017, Pasukan Terburuk Memulakan 4 Perlawanan Pertama MSL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN