Salt Bae Diharamkan Dari Pertandingan Bola Sepak Yang Berprestij

Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gokce telah diharamkan dari menonton aksi dalam pertandingan US Open Cup selepas tindakan beliau menceroboh padang ketika aksi perlawanan akhir Piala Dunia.

US Open Cup merupakan antara pertandingan bola sepak tertua dan paling berprestij di bumi Amerika Syarikat.

Penganjur pertandingan tersebut telah memuat naik status di laman media sosial milik mereka untuk mengumumkan berita yang Salt Bae diharamkan dari pertandingan tersebut.

“Salt Bae dengan ini diharamkan dari pertandingan Open Cup 2023.”

Tulis pihak penganjur di laman media sosial milik mereka.

Penabur garam terkenal itu tidak dibenarkan untuk menonton mana-mana perlawanan dalam pertandingan tersebut.

Hal ini berlaku selepas beliau teruk dihentam peminat ekoran dari tindakan beliau yang masuk ke padang dan menganggu pemain terutama Messi selepas tamat aksi perlawanan akhir Piala Dunia kemarin.

Peminat kecam tindakan Salt Bae

Tukang masak selebriti itu dilihat masuk ke padang selepas tamat aksi perlawanan akhir antara Perancis bertemu Argentina dan beliau turut dilihat bergambar bersama Piala teragung dalam dunia bola sepak itu.

Lebih menjengkelkan lagi, Salt Bae juga dilihat mengambil kesempatan untuk bergambar bersama para pemain Argentina yang berada di padang meraikan kejayaan mereka bergelar Juara dunia.

Melihat hal tersebut, para peminat mempertikaikan atas kapasiti apa seorang tukang masak selebriti boleh dibenarkan untuk berada di padang dan menyentuh Piala Dunia.

Menurut peraturan FIFA sendiri, bukan semua orang yang akan dibenarkan untuk menjulang Piala tersebut dan kerana itulah ramai mempersoalkan atas kapasiti apa Salt Bae diberi penghormatan untuk menjulang Piala tersebut.

“Trofi Piala Dunia FIFA yang asal hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang sangat terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.”

Tulis FIFA di laman web rasmi mereka tentang Piala Dunia.

Jadi apa istimewanya Salt Bae hingga diberi penghargaan untuk menjulang Piala tersebut?

“Kenapa Salt Bae boleh dibenarkan untuk berada di atas padang? Dia siapa? Apa keistimewaan dia?”

“Seseorang tolong jelaskan pada saya, kenapa Salt Bae boleh ada di atas padang? Apa sumbangan dia pada bola sepak?”

“Saya rasa FIFA sekarang cuba beritahu kita semua yang dengan duit, segalanya boleh berlaku.”

“FIFA perlu jelaskan tentang hal ini, atas kapasiti apa Salt Bae boleh dibenarkan untuk berada di atas padang dan meraikan kejayaan Argentina bersama para pemain.”

Beliau bukan orang Argentina, bukan legenda kelab, bukan pemain profesional dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau hanyalah sekadar penabur garam terkenal yang merajai dunia daging segar di media sosial.

Jadi wajar untuk peminat mempertikaikan mengapa beliau diberi penghormatan yang begitu tinggi untuk berada di atas padang meraikan kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia.

Messi sendiri naik menyampah

Bukan hanya peminat, Lionel Messi sendiri juga dilihat tak selesa dan seolah-olah meluat melihat kehadiran Salt Bae di atas padang.

Tukang masak selebriti itu dilihat berkali-kali cuba mengajak Messi untuk bergambar bersama namun pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu langsung tidak melayannya.

Salt Bae bahkan terpaksa menarik lengan Messi untuk mengajaknya bergambar namun tindakan beliau itu jelas membuatkan pemain penyerang itu semakin tidak selesa.

Bintang PSG itu mungkin rasa marah dan tak selesa dengan kehadiran Salt Bae kerana si pemotong daging itu jelas sekali mengganggunya ketika beliau mahu bertemu keluarganya di atas padang.

Messi jelas sekali menunjukkan isyarat rimas dan tidak selesa dengan kehadiran Salt Bae namun kerana terpaksa beliau melayan juga permintaan tukang potong daging terkenal itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN