Alasan Sebenar Mengapa Messi Memakai Jubah Hitam Ketika Sesi Penyampaian Hadiah

Lionel Messi telah diberikan jubah hitam ketika sesi penyampaian hadiah dan maksud sebalik mengapa beliau diberikan jubah itu sebenarnya sungguh luar biasa dasyat.

Argentina berjaya menjulang gelaran Piala Dunia pada tahun 2022 ini selepas kejayaan mereka menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti.

Aksi perlawanan akhir yang menemukan kedua-dua pasukan itu juga dikatakan antara aksi perlawanan akhir paling hebat dan menarik dalam sejarah.

Lionel Messi dan Angel di Maria berjaya meledak gol untuk bantu Argentina mendahului perlawanan 2-0 pada aksi babak pertama permainan.

Sepanjang 45 minit pertama permainan, Argentina jelas sekali terlalu dominan dan Perancis langsung tidak melawan.

Walau bagaimanapun, pada aksi babak kedua permainan, Kylian Mbappe berjaya meledak dua gol untuk membantu Perancis mengikat Argentina 2-2.

Mbappe hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengubah permainan dan memberikan tekanan kepada Argentina yang pada awalnya sangat selesa dalam perlawanan ini.

Perlawanan menjadi semakin menarik dan rancak selepas Mbappe meledak dua gol tersebut dengan kedua-dua pasukan dilihat gigih mencari gol kemenangan.

Ketika perlawanan masuk ke aksi tambahan masa, Lionel Messi berjaya meledak gol pada minit ke-108 permainan untuk membantu Argentina mendahului 3-2.

Kylian Mbappe sekali lagi menjadi penghalang untuk Argentina memenangi Piala Dunia pada tahun ini selepas beliau meledak gol penyamaan pada minit-minit akhir aksi tambahan masa.

Kejayaan Mbappe mencatatkan hat-trick itu menjadikan beliau sebagai pemain pertama selepas Sir Geoff Hurst untuk meledak 3 gol dalam aksi perlawanan akhir di pentas Piala Dunia.

Memandangkan kedua-dua pasukan terikat 3-3, maka pemenang akan ditentukan menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

Argentina berjaya menewaskan Perancis dengan keputusan 4-2 dalam aksi penentuan sepakan penalti, seterusnya muncul juara Piala Dunia pada tahun ini.

Ketika sesi penyampaian hadiah, jelas sekali semua mata tertumpu kepada Messi kerana seluruh dunia memang menantikan untuk melihat beliau menjulang Piala Dunia.

Walau bagaimanapun, ramai peminat yang sedikit terkejut melihat Messi menyarung jubah hitam untuk pergi menjulang Piala Dunia yang mereka menangi itu.

Ramai yang mempersoalkan mengapa beliau memakai jubah tersebut dan ada juga yang memperlekehkan jubah yang dipakai oleh bintang PSG itu.

Bahkan ada juga segelintir peminat yang merendah-rendahkan pemakaian jubah itu dan menganggap Qatar sengaja mencari publisiti dengan meminta Messi memakai jubah tersebut.

Hakikatnya, maksud sebalik pemakaian jubah itu sebenarnya sungguh luar biasa dan bukan semua orang boleh memakai jubah hitam seperti yang Messi pakai itu.

Menurut laporan dari Tallie Dar, beliau telah menjelaskan tentang maksud pemakaian jubah hitam itu dengan menyatakan:

“Jubah hitam yang Messi pakai kita panggil, ‘Beshth’. Pejuang Arab memakai itu selepas mereka menang di medan perang.”

Tulis Dar di laman twitter miliknya.

“Ia juga dipakai oleh keluarga diraja. Raja Qatar menganugerahkan Messi jubah itu sebagai tanda penghormatan. Menganggap Messi sebagai pejuang yang berjuang untuk negaranya Argentina.”

“Messi dianggap sebagai Raja ketika menyarung jersi Argentina, dia dianggap Raja dalam bola sepak.”

“Ia bawa maksud mendalam. Saya tak rasa pembenci akan faham kerana pemikiran kecil tak akan sampai ke tahap diraja.”

Selepas sah menjuarai Piala Dunia, Messi kini sudah berjaya melengkapkan kariernya dengan sangat gemilang dan sepertinya perdebatan siapa pemain terhebat sepanjang zaman sudah terjawab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN