‘GOAT Sebenar’ – Karier Messi Kini Segalanya Sudah Lengkap

Gila, mungkin ini sesuatu yang boleh diungkapkan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022, selepas Argentina berjaya menjulang kejuaraan tersebut dengan penuh dramatik di Stadium Lusail.

Lionel Messi menjadi subjek utama pada kejohanan kali ini, setelah beliau mengumumkan saingan tersebut merupakan penyertaan terakhir buat dirinya.

https://twitter.com/fifaworldcup/status/1604586439668293633?s=46&t=FNDgJbbnqDPU5y_AbVYU3A

Tujuh gol daripada tujuh perlawanan membuktikan betapa pemain ini jelas berada dalam kelas tersendiri selain turut mencatat tiga bantuan jaringan yang dianggap sangat kreatif sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Statistik juga menyatakan Messi menjadi satu-satunya pemain yang meledak semua gol daripada peringkat kumpulan, 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir, sehingga final ini menerusi jaringan pembukaan perlawanan.

Seawal perlawanan final tersebut berlangsung, Messi memacu rakan sepasukan dengan begitu bagus sekali di bahagian tengah dan serangan untuk mencatat dua jaringan di separuh masa pertama.

Walaupun selepas itu mereka ketinggalan, pemain berusia 35 tahun itu tetap tampil dengan tenang dan menjadi contoh utama buat rakan sepasukan lain sehingga ke penentuan penalti.

Ada suatu ketika, reaksi Messi mendapat perhatian pengulas perlawanan, dengan mereka bertanya jika pemain itu masih lagi mempunyai kekuatan untuk terus ke depan.

Kini segalanya sudah pun tamat, penantian Messi untuk mendakap kejuaraan Piala Dunia akhirnya berjaya dinoktahkan dengan sangat indah di Qatar.

Menjaringkan gol dan mendakap piala, ianya sesuatu begitu indah buat mana-mana pemain bola sepak dan itulah yang sedang dirasai Messi.

Tambah menggagumkan, Messi juga menerima anugerah Golden Ball Awards kali ini selepas kecemerlangan beliau dalam setiap perlawanan jelas tidak boleh dinafikan lagi.

Selepas pasukan tersebut melepaskan peluang tersebut pada tahun 2014, kini Argentina bersama Messi wajar meraikannya kerana mereka kini merupakan juara dunia untuk mengambil takhta tersebut daripada Perancis.

Ketika ini, jika ditanya siapa pemain bola sepak terbaik dunia adalah sesuatu yang tidak logik untuk tidak menyenaraikan nama Messi sebagai salah seorang.

Segalanya sudah dikecapi. Kejuaraan apa lagi yang belum diraih beliau? Messi kini melengkapkannya tepat pada 19 Disember 2022 di Qatar dengan bersaksikan seluruh para penyokong bola sepak dunia.

Istimewa, itu sahaja mampu diungkapkan pada akhir sekali mengenai kejohanan Piala Dunia kali ini di Qatar.

Selain mencipta suatu kebudayaan baharu buat dunia, Qatar juga memberi kenangan manis buat Messi serta seluruh penyokong Argentina untuk dikenang sehingga bila-bila.

Messi melengkapkan perjalanan bola sepaknya, kejayaan beliau akan menjadi suatu warisan cerita zaman berzaman untuk generasi akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN