Dari JDT Ke Kedah, Kelibat Adik Safawi Tambah Keterujaan Penyokong

Alfi Rasid adik Safawi Rasid Kedah 2023

Adik kapten Harimau Malaya, Safawi Rasid, Alfi Rasid dilihat telah menyertai sesi latihan pra-musim skuad B-23 Kedah Darul Aman FC, sebentar tadi.

Ia terus menamatkan spekulasi selama beberapa hari mengenai khabar angin Alfi akan menyertai kem Kedah untuk saingan musim 2023 nanti.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan bersama skuad B-23 atau skuad senior kerana masih belum ada kenyataan rasmi tentangnya.

Skuad utama yang dikendalikan Nafuzi Zain juga akan mempertaruhkan beberapa pemain muda antaranya Aiman Afif dan Zharmien Ashraf.

Jadi, para penyokong hanya perlu sabar menanti sama ada Alfi akan diumumkan dalam skuad utama atau skuad yang akan beraksi di Liga Simpanan.

Dalam perkongsian sesi latihan pra-musim skuad B-23 Kedah sebentar tadi, mereka dilihat berkongsi gambar Alfi Rasid yang hanya berlatih ringan.

Sebelum ini tersebar khabar angin yang adik kepada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid itu akan mengikut abangnya meninggalkan pasukan tetapi menuju ke Kedah. Safawi telah dipinjam selama semusim ke Thai League 1 bersama Ratchaburi FC, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ia berikutan perkongsian pemain itu di Instagramnya beberapa hari lalu yang menunjukkan pintu gerbang yang memperlihatkan logo jata negeri Kedah.

Beliau mula menyertai JDT pada penghujung tahun 2019 dan bermain untuk JDT III. Sebelum itu, beliau bermain secara amatur di Terengganu.

Apa yang belum dapat dipastikan pada ketika ini adalah sama ada penyertaan Alfi dari JDT ke Kedah adalah secara pinjaman ataupun secara tetap.

Sementara itu, Sang Kenari turut mengumumkan barisan kejurulatihan skuad Liga Simpanan mereka yang akan diketuai oleh Rosle Md Derus.

Beliau akan dibantu oleh Zahid Hashim sebagai penolongnya, Suhaimi Mat Lazim (jurulatih penjaga gol) dan Naim Sukri (jurulatih kecergasan).

Menurut kenyataan di media sosial mereka, skuad B-23 dibarisi rata-rata muka baharu yang akan menjadi skuad sokongan kepada skuad utama.

Skuad Liga Super kendalian Nafuzi Zain pula dikhabarkan akan mula melaporkan diri dan menjalani sesi latihan pra-musim pada 2 Januari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN