Piala AFF 2022: Terima Kasih Syihan, 3 Mata Sulung Buat Harimau Malaya

Malaysia berjaya mencatat kemenangan pertama mereka dalam saingan Piala AFF 2022, selepas skuad tersebut menewaskan Myanmar menerusi keputusan 1-0.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon, skuad kebangsaan terpaksa berhempas pulas sepanjang perlawanan selepas tuan rumah jelas memberi tentangan sangat hebat di segenap posisi.

Jaringan tunggal Malaysia itu telah diledak oleh Faisal Halim pada separuh masa kedua, selepas beliau menerima umpanan cantik daripada Safawi Rasid, dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

Lebih manis, aksi penjaga gol negara iaitu Ahmad Syihan Hazmi berjaya menjadi wira buat negara, selepas ketangkasan beliau berjaya menyelamatkan Malaysia daripada sekadar terikat seri di gelanggang lawan.

Sebaik sahaja wisel permulaan aksi dibunyikan oleh pengadil, kedua pasukan bermain dengan agak berhati-hati menerusi corak permainan yang sedikit perlahan.

Selepas lima minit permainan berlangsung, masing-masing masih belum mempunyai peluang untuk mencipta sebarang percubaan berbahaya, dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang.

Sesekali Myanmar tampil lebih dominan menyusun pergerakan, sambil Malaysia yang menunggu peluang untuk mencipta serangan balas menerusi kesilapan dibuat lawan.

Myanmar mendapat peluang berbahaya pada minit ke-8 selepas satu gerakan dicipta berjaya memberi ruang kepada pemain mereka untuk melepaskan satu percubaan deras dari luar kotak penalti, sebelum bola tersebut sedikit tersasar.

Selang beberapa minit kemudian, giliran Malaysia pula mendapat peluang menerusi situasi sepakan percuma, sebelum tandukan Darren Lok sedikit tersasar tinggi.

Pasukan tuan rumah jelas lebih berbahaya ketika menyerang, selepas mereka mendapat dua peluang berturut-turut untuk menjaringkan gol menerusi siri serangan berbahaya.

Akhirnya Malaysia memperoleh peluang terbaik pada minit ke-23 menerusi Faisal Halim, selepas pemain ini mendapat ruang melepaskan satu rembatan deras sebelum sedikit sahaja tersasar keluar.

Bersambung di separuh masa kedua, Malaysia berjaya membuka jaringan pertama perlawanan menerusi Faisal Halim pada minit ke-52, selepas pemain lincah ini mudah melepasi dua pertahanan lawan untuk meledak gol.

Menyedari ketinggalan, Myanmar cuba menaikkan lagi intensiti permainan menerusi beberapa siri percubaan berbahaya dicipta untuk mendapatkan gol penyamaan.

Memasuki 10 minit terakhir, intensiti permainan sedikit menurun dan giliran Malaysia pula tampil untuk sesekali mencipta peluang bagi mendapatkan gol kedua perlawanan.

Saat Malaysia dilihat yakin akan membawa pulang kemenangan mereka, kesilapan Sharul Nazeem memberi peluang sepakan penalti buat pasukan lawan selepas ada kekasaran dibuat oleh pertahanan tersebut.

Kelebihan tersebut gagal disempunakan oleh Myanmar, selepas Syihan Hazmi cemerlang menepis sepakan penalt itu untuk sekadar memberi sepakan penjuru.

Keputusan perlawanan kekal dengan Malaysia berjaya merekodkan keputusan positif di gelanggang lawan untuk memberi motivasi tinggi buat para pemain bagi aksi seterusnya menentang Laos di laman sendiri.

Kesebelasan utama

Myanmar: Kyaw Zin Phyo (Penjaga gol), Ye Min Thu, Nanda Kyaw, Kyaw Min Oo, Lwin Moe Aung, Hein Htet Aung, Aung Kaung Mann, Mg Mg Lwin (Kapten), Kyaw Zin Lwin, Yan Naing Oo, Thiha Htet Aung

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Penjaga gol), Muhammad Azam Azmi Murad, Ruventhiran, Sharul Nazeem Zulpakar, Dominic Tan Jun Jin, Mohamad Faisal Abdul Halim, Stuart John Wilkin, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Safawi Rasid (Kapten), Ahmad Khuzaimi Piee, Brendan Seng Ling Gan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN