RASMI: Terengganu Dapatkan Bintang Thailand Adisak Kraisorn

Adisak Kraisorn

Pasukan Liga Super, Terengganu telah sah mendapatkan pemain baharu yang merupakan bintang Thailand iaitu Adisak Kraisorn.

Pemain yang beraksi di bahagian serangan itu direkrut Terengganu sebagai sebahagian daripada projek muka baharu kelab itu selepas 12 pemain meninggalkan skuad Penyu.

Dalam revolusi Tomislav Steinbruckner, Adisak dipilih untuk menggantikan penyerang-penyerang import yang meninggalkan Terengganu seperti Kpah Sherman dan juga Tchetche Kipre.

Kehadiran Adisak dilihat sebagai salah seorang marquee player untuk Terengganu musim depan selepas mereka kehilangan beberapa tonggak.

Adisak dijangka akan menjadi pemain yang bakal menerima servis daripada Habib Haroon di bahagian tengah untuk diterjemahkan kepada jaringan gol untuk Terengganu pada 2023.

Malah beliau juga akan bergandingan dengan Sony Norde di bahagian serangan Terengganu musim hadapan.

Penyerang kebangsaan Thailand ini beraksi untuk Muangthong United dengan lima jaringan serta dua bantuan gol dihasilkan dalam 14 penampilan.

Malah ketika ini, Adisak masih bersama-sama Thailand dalam skuad kebangsaan dengan beliau kini menjalani tugas Piala AFF 2022.

Adisak turut beraksi selama 45 minit dalam kemenangan 5-0 Thailand ke atas Brunei di Cheras tempoh hari.

Menarik untuk disaksikan bagaimana Adisak akan cuba menyesuaikan diri dengan bola sepak di Malaysia. Semoga berjaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN