Piala AFF 2022: “Argentina Pun Kalah Perlawanan Pertama” – Park Hang-seo

Park Hang-seo tak senyum Argentina pun kalah

Argentina pun bergelut, kalah 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pertama dalam perjalanan menjulang Piala Dunia,” jelas Park Hang-seo.

Itu kenyataannya sebelum ini dalam sidang media pra-perlawanan. Ini yang menunjukkan beliau juga tidak meletakkan harapan tinggi kepada pasukan.

Mungkin beliau tidak mahu memberi tekanan tambahan kepada pemainnya yang diletakkan harapan tinggi untuk memberikan hadiah perpisahannya.

Park Hang-seo ketika ini dalam kejohanan terakhirnya bersama Vietnam.

Selepas lima tahun membimbing mereka dengan cemerlang, kontraknya akan berakhir pada Januari depan dan ia tidak akan disambung lagi.

Walaupun dikatakan terdapat perbincangan mengenai penyambungan kontraknya, tetapi ia berakhir dengan Park mengucapkan ‘annyeong’.

Sejak dilantik pada 2017, Park boleh dianggap sebagai jurulatih paling berjaya di Vietnam dengan kejayaan merangkul pelbagai kejuaraan.

Laos dikatakan akan cuba memberi kesukaran buat mereka dan beliau tiada masalah tentangnya. Beliau mengakui perlawanan pertama sentiasa sukar.

Sebaliknya berlaku, tiada yang sukar buat Park, malah Vietnam berpesta gol membelasah Laos 6-0 dalam perlawanan pertama mereka untuk Kumpulan B, Piala AFF Mitsubishi Electric 2022, malam tadi. Kemenangan mutlak!

Mereka menguasai 71 peratus perlawanan dengan membuat 27 percubaan ke gawang Loas, lapannya percubaan tepat dan enam gol terhasil.

Aksi yang mungkin mengujakan buat penyokong ‘Naga Emas’ tetapi tidak buat Park. Sepanjang perlawanan beliau langsung tidak tersenyum!

Selepas Doan Van Hau meledak jaringan ke-4 pada minit ke-58, barulah ada sedikit reaksi daripadanya. Kali pertama Park dilihat menepuk tangan.

Sedangkan sejak dari gol pertama yang dijaringkan oleh Nguyen Tien Linh pada minit ke-15, diikuti jaringan oleh Do Hung Dung (43′), Ho Tan Hai (55′), semua pemain dan barisan kejurulatihan tampak ceria meraikannya.

Pasukan pelawat meneruskan pesta gol mereka selepas itu dengan gol daripada Nguyen Van Toan (82′) dan Vu Van Thanh di penghujung aksi.

Park Hang-seo Vietnam Laos Piala AFF 2022
Kebanyakkan masa Park Hang-seo hanya berdiri di tepi bangku simpanan Vietnam. FOTO: VNExpress

Park mengakui di sidang media yang beliau sebenarnya tertekan sepanjang babak pertama. Mungkin itulah punca beliau langsung tidak tersenyum.

Babak pertama dikatakan sangat susah untuk beliau menghadam apa perancangan yang sedang dibawa oleh Laos berdepan pasukannya.

Sebagai jurulatih, kami selalu cuba memberi yang terbaik dan bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Perlawanan pertama sentiasa sukar, terlalu banyak kemungkinan itu dan ini. Sebagai jurulatih, saya selalunya tertekan dan berdebar sebelum aksi sebegini,” ujar pengendali berusia 65 tahun itu.

Namun, pemain-pemain telah beri yang terbaik dan mendapat keputusan yang bagus,” tambahnya yang jelas berpuas hati dengan prestasi mereka.

Vietnam akan berehat panjang sebelum bertemu Malaysia dalam aksi minggu ke-3, Selasa depan. Satu pertembungan yang pasti dinantinya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN