Sains: ‘Berkaki Ayam’ Jadikan Anda Pemain Bola Sepak Yang Lebih Baik

Berkaki ayam dan bermain bola sepak bukanlah amalan asing di kalangan kita. Apatah lagi di kalangan generasi terdahulu di mana memiliki sepasang kasut but itu dianggap seperti satu kemewahan.

Walaupun bola sepak yang sering dimainkan ketika zaman kanak-kanak atau bola kampung dimainkan dengan berkaki ayam, ianya tidak pernah menghalang rasa gian turun ke padang bola sepak setiap petang – kerana rasa gian mahu merembat bola.

Itu jika kita bercerita mengenai bola kampung. Bagaimana pula dengan bola sepak profesional? Sejauh manakah bermain bola sepak dengan berkaki ayam, boleh membantu pembangunan seseorang pemain? Berapa pantaskah anda berlari jika berkaki ayam?

Atlet dari Afrika

Benua Afrika adalah kilang utama atlet dan pelari jarak jauh yang meraih pelbagai kejuaraan dunia. Kemampuan atlet-atlet dari Afrika berbuat demikian turut dikaitkan dengan kecenderungan mereka berkaki ayam, dan tidak bergantung kepada kasut.

Masyarakat dari benua ini amat terkenal dengan amalan berjalan dengan berkaki ayam da masih menjadi amalan ke hari ini. Di benua lain yang lebih maju, kebergantungan kepada kasut atau footwear pula adalah kewajipan.

Runners compete during the 5000m Women’s Final at the 12th edition of the “African Games” on August 26, 2019 in Rabat. (Photo by FADEL SENNA / AFP)

Perbezaan hasilnya dapat dilihat pada hari ini. Atlet dari Afrika secara genetik lebih mudah menyerap hentakan ketika melakukan larian, selain kemampuan untuk melakukan larian jarak jauh secara efisien dan jimat tenaga.

Semua ini sebenarnya berbalik kepada tindakan semulajadi kaki mereka berpijak di atas permukaan. Amat jelas atlet akan memilih dan menggunakan kasut yang serba canggih dan selesa untuk melakukan larian. Tetapi asas kepada larian yang bagus dan sempurna sebenarnya terletak kepada keadaan kondisi kaki ketika larian dilakukan.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kondisi larian? Apakah bezanya melakukan larian dengan dan tanpa kasut?

Perkaitan dengan bola sepak?

Sebelum kita pergi lebih jauh mungkin ada yang tertanya-tanya apakah perkaitan berkaki ayam di antara atlet lumba lari dan bola sepak? Ia mungkin berbeza dari segi cabang sukan namun mempunyai persamaan dimana anda harus berlari.

Selain dari berjalan dan berlari, bermain bola sepak berkaki ayam bukan perkara asing di negara-negara Afrika. Begitu juga keadaannya di Brazil.

Barefoot African children from Samburu tribe playing football in the village, East Africa, Kenya, East Africa. Samburu tribe is one of the biggest tribes of north-central Kenya, and they are related to the Maasai.

Walaupun dari segi sosio-ekonomi kedua-dua negara terbelakang berbanding kebanyakkan negara-negara Asia yang lain, namun usaha melahirkan bintang bola sepak bertaraf dunia bukan satu masalah.

Di Afrika kebanyakkan kanak-kanak yang mempuyai bakat akan diserap ke akademi-akademi bola sepak seluruh dunia untuk dilatih secara profesional.

Keadaan tersebut berbeza di Brazil kerana pembangunan bola sepak yang lebih pesat di negara bola sepak itu berbanding di Afrika. Hampir kelab-kelab utama di Brazil memiliki gedung bola sepak mereka sendiri untuk menyerap anak-anak jalanan yang suatu ketika dahulu juga bermain bola sepak dengan berkaki ayam.

Brazilian kids play soccer in a favela, or shantytown, in Rio de Janeiro on Sunday. Brazil is hosting the World Cup next month and its team is considered the favorite. Many of the country’s top players learned the game playing in the street or on dirt fields.

Neymar, Fred, Hulk, Romario, Ronaldo, dan Rivaldo adalah antara pemain yang boleh kita namakan pernah melalui zaman kanak-kanak bermain bola sepak berkaki ayam hanpir setiap hari.

Pemain-pemain ini mempunyai kaki yang lincah, rembatan yang deras, pantas dalam larian dan sudah tentu kaki yang kuat.

Sains di sebalik berkaki ayam

Menurut sebuah artikel dari Match Fit Conditioning ada empat faedah berkaki ayam untuk pemain bola sepak seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Meningkatkan tahap reaksi otot
  • Meningkatkan keseimbangan dan stabiliti tubuh badan
  • Meningkatkan kadar tindak balas
  • Memperbetulkan mekanikal pergerakan tubuh badan.

Empat perkara di atas kedengaran remeh. Namun ia adalah antara salah satu perkara asas yang perlu dikuasai oleh seseorang atlet untuk prestasi maksimum.

Kebanyakkan kita tidak lagi bermain bola sepak berkaki ayam sepertimana kanak-kanak di Afrika atau Brazil. Namun ini tidak bermakna kita tidak boleh melatih menguatkan kaki.

Tidak semua pemain bola sepak itu biasa bermain atau melalui latihan berkaki ayam. Maka seorang pemain boleh memilih menjalani latihan berkaki ayam atau menggunakan kasut khas yang minimalis.

Kasut sebegini direka khas agar keseluruhan permukaan kaki termasuk telunjuk menyentuh permukaan lantai/tanah.

Apa masalah kasut biasa?

Tanpa anda sedari kasut moden yang dipakai oleh anda setiap hari telah mengubah cara semulajadi anda sepatutnya berjalan dan berlari.

Untuk jangka masa panjang, ini akan melemahkan struktur badan khususnya, telunjuk kaki, buku lali dan sebagainya yang menyebabkan seseorang pemain mudah mengalami kecederaan kaki.

Dalam kata lain ia menyebabkan perubahan biomekanikal badan daripada yang sepatutnya.

Antara penyebab perkara ini berlaku adalah kerana rekaan kasut itu sendiri. Rata-rata kasut pada hari ini mempunyai bahagian yang dipanggil toe springs, menyebabkan telunjuk kaki terlebih dahulu diberikan tekanan ketika berlari atau berjalan.

Keadaan ini mewujudkan pembahagian berat badan kepada tekanan yang tidak seimbang. Pergerakan sedemikian yang melibatkan 18 sehingga 19 tendon pada satu-satu masa membuatkan risiko kecederaan semakin besar.

Begitu juga dengan kasut bertumit tinggi yang memberi risiko kecederaan tendon dan otot betis akibat tekanan yang tidak seimbang pada kaki ketika berlari atau menyepak bola.

Kelebihan menjalani latihan berkaki ayam

Sepertimana bahagian lain pada badan, kaki, buku lali, dan telunjuk kaki turut perlu dilatih. Otot eangka menghasilkan tekanan dan turut berfungsi sebagai penyerap hentakan.

Apabila tahap reaksi otot tidak berlaki dengan baik, maka tekanan tidak berkenaan akan turut dirasai oleh bahagian-bahagian lain seperti tendon, ligamen, dan tisu-tisu lembut lain yang berada di kaki.

Lakukan latihan bersama jurulatih/trainer.

Sebaliknya apabila berkaki ayam, keseluruhan kaki akan mempunyai kontak dengan permukaan yang dipijak. Latihan yang dilakukan dengan berkaki ayam akan meningkatkan kadar tindak balas.

Tindak balas deria dari telapak kaki mengaktifkan rangkaian pengecutan otot pada kaki yang memungkinkan penyerapan kejutan sekaligus mengurangkan penularan hentaman. Kaki secara tidak langsung akan menyebarkan tekanan ke kawasan yang lebih luas dan ini boleh mengelakkan risiko kecederaan.

Rumusan: Apa boleh anda lakukan?

Konsep berkaki ayam di dalam artikel ini bukannya bermaksud anda harus terus bermain bola sepak bersama rakan-rakan dengan berkaki ayam.

Apa yang dilalui oleh kanak-kanak di Afrika dan Brazil seperti contoh di atas adalah satu proses yang telah lama mereka lalui menyebabkan daya ketahanan kaki mereka lebih baik secara genetik.

Bagi yang tidak biasa, anda boleh memulakannya sekarang dengan menjalani disiplin-disiplin latihan tertentu yang membenarkan anda berkaki ayam untuk memperkuatkan kaki.

Bola sepak sentiasa berkait dengan bakat. Apa yang cuba disampaikan oleh artikel ini pula adalah bagaimana ‘berkaki ayam’ boleh membantu seseorang pemain bola sepak untuk mengelak diri dari risiko kecederaan.

Dapatkan khidmat jurulatih/trainer profesional untuk berbuat demikian.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sains bola sepak:

Sains: Kenapa Pemain Bola Sepak Gemar Memuntahkan Semula Air Yang Diminum

Sains: Cryotheraphy Ataupun Mandi Ais Yang Penting Untuk ‘Recovery’ Dalam Bola Sepak

Sains: Bagaimana Bournemouth Menguruskan Kecergasan Dan Kecederaan Jack Wilshere

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN