Juventus Tak Sepatutnya Bawa Masuk Ronaldo

Crisitano Ronaldo Juventus

Cristiano Ronaldo sekali lagi hampa selepas Juventus tersingkir di peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) setelah tewas menerusi peraturan gol tempat lawan kepada Porto tempoh hari.

Kini timbul persoalan, adakah keputusan Juventus untuk menandatangani penyerang Portugal tersebut dari Real Madrid yang menelan belanja kira-kira €100 juta sebelum ini merupakan satu kesilapan?

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or tersebut berjaya membantu Juventus memenangi kejuaraan Serie A dua kali berturut-turut sejak tiba di Turin pada 2018.

Namun nasibnya di kejohanan Eropah tidak begitu baik selepas disingkirkan Ajax di suku akhir pada musim pertaanya dan kemudian kepada Lyon di peringkat kalah mati pada musim lepas.

Bekas Presiden Juve, Giovanni Cobolli Gigli berpendapat kelab Itali itu sepatutnya tidak membawa masuk Ronaldo dan perlu segera menjualnya pada musim panas ini sebelum kontraknya tamat pada Jun 2022.

Ya, saya dah cakap dari hari pertama dia tiba di Juventus. Dia memang seorang juara, tetapi harganya terlalu mahal,” ujar Gigli dalam tembualnya dalam siaran radio Punto Nuovo.

“Sekarang terpulanglah kepada Juventus. Mereka sanggup membayarnya €1 juta untuk setiap gol. Andrea Agnelli [Presiden Juventus] perlu bersikap lebih kritikal, tidak membuat keputusan yang betul.

“Kelab perlu lepaskan Ronaldo pada penghujung musim ini, begitu juga dengan Fabio Paratici (pengarah sukan Juventus).”

Gigli turut mempersoalkan kelayakan Pavel Nedved selaku naib presiden kelab yang telah gagal memberi kejuaraan UCL kepada Juventus sejak menjawat jawatan tersebut.

“Saya mengenali sebagai seorang pemain yang hebat, tetapi dia tidak sesuai untuk jawatan Naib Presiden Juventus. Mereka sepatutnya fikirkan semula peranannya bersama kelab.

“Saya masih ingat bagaimana dia tidak menghadiri sidang media terakhir [Massimiliano] Allegri. Katanya dia ada di luar negara, tetapi sebenarnya dia ada di Itali. Dia tidak ada jiwa Juventus.”

Gigli menekankan Juventus perlu membuat perubahan besar untuk mengembalikan kegemilangan mereka.

Musim ini Juventus turut bergelut dalam aksi domestik. Selepas mengharungi 25 perlawanan, mereka masih ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Inter Milan.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Crisiano Ronaldo dan Juventus:

10 Rekod Luar Biasa Dalam Bola Sepak Yang Hanya Mampu Dihasilkan Oleh Cristiano Ronaldo

Sains Di Sebalik Lompatan Melawan Graviti ‘Air Cristiano’ Ronaldo Menentang Sassuolo

Pakar Psikologi Beri Penjelasan Bagaimana Mentaliti Bantu Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Luar Biasa

Leave a Reply