Pakar Psikologi Beri Penjelasan Bagaimana Mentaliti Bantu Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Luar Biasa

“Berikan kredit kepada ibunya kerana menghasilkan spesimen yang hebat!” ujar bekas pengurus Juventus, Maurizio Sarri selepas kagum dengan aksi Ronaldo.

Sarri berkata demikian untuk memberi pengiktirafan kepada kehebatan pemain itu membantu kelab dari Turin tersebut mara ke separuh akhir Copa Italia.

Penyerang antarabangsa Portugal itu membuka tirai jaringan untuk membuka laluan kepada kemenangan 3-1 Juvetus ke atas Roma.

Spesimen luar biasa

Jaringan kali ini bukan sekadar jaringan ke-13 dari 10 penampilan terakhir buat Ronaldo pada ketika itu.

Pada masa yang sama, pemain berusia 35 tahun itu kini telah menjaringkan gol dalam 15 pertandingan peringkat kelab.

Jumlah pertandingan dan jaringan yang dihasilkan tersebut bermula sejak 18 tahun yang lalu ketika Ronaldo memulakan karier bersama Sporting CP di Taca de Portugal.

“Ronaldo kini berada pada tahap fizikal dan mental yang hebat, menjaringkan gol pada kadar konsistensi luar biasa,”ujar Sarri epada Rai Sport.

Satu perkara yang jelas pada Ronaldo ialah beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan memperlahan diri dari menampilkan prestasi terbaik di dalam bola sepak – walaupun pada usia tersebut, ramai pemain profesional di tahap yang sama sudah mulai memikirkan persaraan.

Refleksi kepada ‘pilihan hidup’ Ronaldo

Prestasi tahap tertinggi Ronaldo bukan sahaja kebanggaan untuk bola sepak tetapi untuk bidang sukan secara keseluruhan.

“Ia adalah reflektif kepada ‘pilihan peribadi’ yang dilakukan sepanjang karier beliau,” ujar Professor of Organisational Psychology Damian Hughes kepada sebuah media di UK.

“Jika anda mengikuti perjalanan karier Ronaldo, anda menyedari bagaimana Ronaldo bertindak melakukan sesuatu semata-mata untuk menjadi atau mengarah kepada “Bagaimana untuk menjadi pemain bola sepak terbaik di dunia?”

Apa yang dimaksudkan oleh Hughes sebenarnya adalah Ronaldo sentiasa memikirkan cara untuk dirinya menjadi pemain terbaik dunia.

“Bekas jurulatih kecergasan Manchester United, Tony Strudwick pernah mendedahkan segala-galanya yang berada di rumah Ronaldo ketika pemain itu di Old Trafford ialah untuk mempersiapkan dirinya sebagai pemain terbaik.

“Daripada makanan tersedia di dalam peti ais, bilik senaman angkat berat, segala-galanya telah diatur untuk membantu beliau berada di tahap terbaik.

“Cara hidup oleh Ronaldo adalah untuk memaksimumkan keupayaan dirinya.”

Dari Lisbon sehingga ke Turin

Apa yang dilakukan Ronaldo adalah konsisten merentasi empat kelab yang telah diwakilinya.

Permulannya adalah bersama Sporting CP; diikuti oleh jersi No.7 di Man Utd selama enam tahun, empat Champions League bersama Real Madrid, dan penjaring terbanyak kelab; dan kemudian perpindahan ke Itali dengan nilai €100 juta.

“Beliau memilih untuk berhijrah dari Madeira ke Lisbon pada usia 13 atau 14. Itu adalah pilihan yang beliau lakukan,” tambah Hughes.

“Jurulatih conditioning [latihan secara fizikal] – di United, Mike Clegg pernah mendedahkan bagaimana perbualan beliau bersama Ronaldo yang akhirnya berakhir dengan ‘Bagaimana anda boleh membantu saya menjadi pemain terbaik dunia?

“Ia adalah pilihan dari pemain itu sendiri, dan selepas itu ia juga pilihan beliau sendiri untuk datang lebih awal dan pulang lebih lewat dari sisi latihan untuk melakukan latihan tambahan membina kekuatan dan conditioning.

“Seorang ahli sukan pernah memberitahu saya dirinya menjadikan harinya dengan pilihan mudah, dan pilihan sukar.

“Sebahagian daripada proses mempunyai kekuatan mental yang baik ialah dengan sentiasa memilih pilihan sukar, supaya ia menjadi sebati dengan diri anda.

“Jika anda lihat kepada Cristiano Ronaldo, beliau sentiasa memilih pilihan yang sukar sejak dari usia muda. Ia sudah menjadi tabiat, dan itulah definisi sebenar kekuatan mental.”

Ronaldo beri parameter baharu

“Apa yang anda lihat sekarang adalah hasil kerja keras beliau dari usia muda,” jelas Hughes lebih lanjut..

“Keadaan fizikal beliau hari ini bukan perkara gila. Ia adalah jasil kerja keras sejak 20 tahun yang lalu.

“Apa yang Ronaldo lakukan ialah beliau telah memberbaharui parameter keupayaan fizikal pemain bola sepak.”

Sejak berhijrah menyertai Juventus pada musim panas 2018, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 47 gol daro 68 penampilan.

Pada usia 35 tahun, Ronaldo sebenarnya memiliki ratio jaringan terbaik di eropah. Walaupun memiliki 35 gol yang sama seperti Robert Lewandowski, Ronaldo melakukannya dalam jumlah perlawanan yang lebih sedikit.

Maka tidak hairanlah Ronaldo tetap menjadi sandaran Andrea Pirlo.

Pada usia pertengahan 30 an, timbul tanda tanya berapa lama lagikah pemain seperti Ronaldo mampu bertahan di tahap tertinggi.

“Perkara terakhir di dalam pemain bola sepak ialah kebijaksanaan/intelek bola sepak mereka [footballing brain],” ujar Hughes.

“Intelek bola sepak beliau tidak akan hilang begitu sahaja walaupun selepas sedekad. Ia mengenai bagaimana badan beliau boleh kekal begitu, dan buat masa ini ia kelihatan seperti untuk beberapa tahun lagi.

“Definisi sebenar oleh saya mengenai berkelas dunia ialah perbezaan tipis diantara hari yang baik, dan hari yang tidak baik jika dibandingkan dengan manusia biasa.

“Jika anda menganalisis prestasi beliau, anda akan meletakkan Ronaldo bersama-sama atlet yang sama seperti Roger Federer, Muhammad Ali dan Floyd Mayweather.”

“Apa lagi yang boleh anda jangkakan daripada pemain seperti Cristiano Ronaldo? Segala-galanya.”

 

2 Comments

Leave a Reply