UCL: Kemaraan Juventus Disekat 10 Pemain Porto

Juventus Porto UCL

Gol Sergio Oliveira pada minit ke-115 masa tambahan memastikan Juventus tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan menghantar Porto ke peringkat suku akhir walaupun bermain dengan 10 orang pemain bermula awal babak kedua.

Sepakan percuma jarak jauh Oliveira masuk melalui dua kaki Crisitano Ronaldo untuk menjadikan kedudukan 2-2 memberikan kelebihan gol di tempat lawan buat Porto.

Gol Adrian Rabiot’s pada penghujung perlawanan memberi harapan buat juara Itali berkenaan, namun penjaga gol Porto, Agustin berjaya menyelamatkan pasukannya dari dibolosi pada minit-minit akhir.

Pada separuh masa pertama Porto melebarkan jurang agregat kepada 3-1 menerusi sepakan penalti Oliviera selepas Merih Demiral menjatuhkan Mehdi Taremi di dalam kotak penalti pada minit ke-19.

Namun Juventus bangkit dengan gol menarik Federico Chiesa dari sudut sukar pada awal separuh masa kedua sebelum Taremi dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-53 kerana bertindak menendang bola selepas permainan dihentikan.

10 minit kemudian Juventus memanfaatkan situasi berkenaan apabila Chiesa mengikat kedudukan agregat menjadi 3-3 selepas mananduk masuk hantaran lintang Juan Cuadrado.

Apabila perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan, Juventus yang sepatutnya menggunakan kelebihan memiliki lebih seorang pemain dihukum dengan benteng pertahanan yang agak longgar sehingga sepakan rendah Oliveira tidak dijangka oleh penjaga gol Wojciech Szczesny.

Musim lepas Juventus turut tersingkir di peringkat yang sama menerusi peraturan gol di tempat lawan manakala Porto pula melepasi peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 2003/04 di mana mereka muncul juara pada musim tersebut.

Sementara itu, Borussia Dortmund turut mengesahkan slot ke peringkat suku akhir selepas menamatkan perlawanan menentang Sevilla dengan terikat 2-2 dan menang 5-4 secara agregat.

Sevilla yang cuba bangkit dengan dua gol Youssef En-Nesyri pada lewat permainan tidak dapat menafikan kemaraan Dortmund yang terlebih dahulu di depan menerusia dua gol yang dihasilkan Erling Haaland pada separuh masa pertama.

Penyerang berusia 20 tahun itu yang merupakan penjaring terbanyak dengan 10 gol merupakan pemain terpantas mencecah 20 gol UCL dalam hanya 14 penampilan dan turut mengatasi rekod Ole Gunnar Solskjaer selaku penjaring gol terbanyak dari Norway dalam kejohanan tersebut.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Senarai Sebab Juventus Ambil Langkah Salah Mudah Sangat Percayakan Andrea Pirlo

‘Kepercayaan & Keberanian’ – 2 Prinsip Tuchel Yang Memastikan Gawang Chelsea Terus Kebal

Analisis: Mendalami Taktikal Solksjaer ‘Ciplak’ Idea Mourinho Untuk Rebahkan Man City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN