Sains: Bagaimana Bournemouth Menguruskan Kecergasan Dan Kecederaan Jack Wilshere

Kecederaan Jack Wilshere sentiasa menjadi isu kepada pemain berbakat ini.

Namun begitu, pada 22 Oktober lalu, Jack Wilshere telah bermain penuh 90 minit buat pertama kali dalam tempoh 2 tahun.

Beliau kemudiannya mendapat minit perlawanan yang cukup banyak di Bournemouth.

Wilshere antara pemain tengah yang cemerlang di EPL musim ini dan kelihatan lebih cergas. Ramai tertanya-tanya, adakah kecergasan Wilshere ini kebetulan ataupun sebaliknya?

Jawapannya tidak! Ia adalah kerana Sains Sukan.

Pengurusan kecergasan Bournemouth yang berkesan

Pasukan perubatan dan kecergasan Bournemouth mengesahkan Arsenal sudah memberikan mereka kuasa penuh untuk isu kecergasan Wilshere.

Bournemouth telah menggunakan garis panduan khas dalam program latihan Jack Wilshere dalam usaha mereka untuk mengurangkan risiko kecederaan beliau.

Hasilnya setakat ini agak memuaskan. Sejak menyertai Bournemouth secara pinjaman, hanya sekali sahaja Jack Wilshere tercedera di bahagian buku lali.

Ianya 13 Februari lalu ketika menentang Manchester City. Namun beliau tetap cergas untuk bermain dalam perlawanan seterusnya.

Dr Craig Roberts, Ketua Jabatan Perubatan di Bournemouth adalah individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan isu kecergasan Jack Wilshere.

Sebelum ini Dr. Roberts adalah doktor pasukan untuk pasukan ragbi Afrika Selatan.

Musim lalu,  kecederan Jack Wilshere menyebabkan beliau hanya bermain 3 perlawanan EPL. Ianya selepas rehat panjang dari Ogos 2015.

Kecederaan Jack Wilshere sebelum ini dikaitkan dengan isu overuse injuries. Menurut laman physioroom.com, Wilshere ada sejarah 10 jenis kecederaan berbeza.

7 daripadanya adalah melibatkan kecederaan buku lali ataupun kaki.

Modul Acute Chronic Ratios

Dalam kem Bournemouth, mereka ada satu modul garis  panduan yang dipanggil Acute Chronic Ratios yang dibangunkan oleh saintis sukan Tim Gabbett (gambar) dari Australia.

Garis panduan ini digunakan dalam latihan seharian Wilshere untuk memastikan beliau berlatih dalam kadar yang terbaik yang boleh ditampung oleh fizikal beliau.

Dr. Craig Roberts berkata kepada Training Ground Guru:

“Jack ada banyak masalah kecederaan jenis overuse. Dia juga ada 1 kecederaan traumatik.”

“Ianya normal untuk berlaku kepada pemain lain namun untuk Wilshere, kadar kecederaan untuk berulang (prone) beliau sangat tinggi.”

“Oleh itu, kami sentiasa tegas dalam memastikan Wilshere akan berlatih pada kadar yang sepatutnya untuk persediaan setiap perlawanan.”

“Jack pada awalnya tidak suka dengan program latihan khas ini kerana dia mahu berlatih bersama-sama dengan pemain lain seperti biasa.”

“Buat masa ini, kami perlu dan sangat teliti dan tegas. Pengurus pasukan sangat gembira dengan perkembangan Jack Wilshere.”

“Sebelum ini Jack melakukan beberapa latihan khas separuh separuh.”

“Kemudian kami menambahkan kadar latihan sedikit demi sedikit untuk melihat di tahap mana Jack boleh menampung beban latihan.”

“Walaupun pada hari ini dia boleh berlatih untuk semua sesi tetapi kami tetap akan sentiasa teliti memantau beban latihan yang sesuai dengan beliau.”

Berikan bebanan latihan (training load) yang betul kepada pemain

Sebelum ini pengulas menyatakan Jack Wilshere disisihkan dalam 2 perlawanan oleh Eddie Howe.

Namun ia istilah yang kurang tepat. Wilshere sebenarnya direhatkan atas saranan daripada pihak perubatan kelab.

Dr. Roberts berkata:

“Kami ada ramai pemain lain yang kami harus uruskan selain daripada Jack Wilshere.”

“Ada sesetengah pemain tidak mampu untuk menurut tuntutan latihan yang dimahukan pengurus. Misalnya tidak boleh melakukan 3 sesi latihan berat sekaligus.”

“Pengurus kelab kami lebih mementingkan tahap kecergasan dan bukannya memaksa pemain melakukan latihan.”

“Ada beberapa sesi latihan padang yang badan Jack tidak mampu tampung akan digantikan dengan latihan seperti sesi aerobik,  mengayuh basikal dan sebagainya.”

“Setiap orang berbeza dari segi genetik, cara berlari, dan juga cara mereka bermain. Ada yang lebih keras (robust).”

“Malangnya, Jack ada rekod kecederaan yang signifikan (ketara). Biasanya kecederaan signifikan yang berlaku pada masa lampau ini memang berisiko untuk berulang.”

“Pegawai di Arsenal sangat luar biasa. Kami bekerjasama erat dengan mereka. Kami saling berkomunikasi untuk isu berkaitan Jack Wilshere.”

Rumusannya, modul Tim Gabbett berkesan

“Saya boleh kata, Acute Chronic Ratios oleh Tim Gabbett telah membuatkan kami berjaya menjaga Wilshere.”“Kita akan cuba bandingkan tahap latihan mereka 4 minggu yang lalu dengan yang minggu ini. Daripada ini kita akan mendapat purata (ratio).”

“Anda perlu pastikan pemain berada dalam kadar/ratio sekitar 0.8 dan 1.2 adalah titik selesa ( sweet spot).”

“Jika latihan pemain itu lebih atau kurang daripada ratio yang sepatutnya, mereka akan berisiko berhadapan dengan kecederaan.”

“Pemain harus banyak berlatih untuk mengelakkan kecederaan tetapi tidak boleh melampau, kerana ia akan mengundang risiko kecederaan.”

Mungkin inilah sebabnya Wilshere menyatakan beliau tidak ada masalah untuk meneruskan karier di Bournemouth sekiranya gagal untuk kembali ke pasukan utama Arsenal.

Betapa telitinya mereka menjaga setiap pemain mereka, terutama yang ada potensi kecederaan berulang (injury prone).

Setiap pemain bernilai sehingga puluhan juta, jadi nak menjaganya pun perlulah rapi dan santifik.

Ternyata Wilshere telah memilih kelab yang betul untuk membantu beliau dalam aspek kecergasan.

Bournemouth juga bermain bola sepak moden di bawah Eddie Howe yang sesuai dengan Wilshere.

Baca juga: Statistik Opta: Semalam Genap 100 Hari Manchester United Berada Di Tangga Ke-6

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN