Pemain sayap Bournemouth, Ryan Fraser menolak untuk menandatangani kontrak jangka pendek yang membolehkannya beraksi bersama Bournemouth untuk baki perlawanan sehingga penghujung musim ini, menurul laporan oleh BBC.
Ketika ini kebanyakan pemain yang akan tamat kontrak pada 30 Jun ini bertindak menyambung kontrak untuk tempoh dua bulan bagi membantu pasukan masing-masing melengkapkan saingan liga musim ini yang telah tertangguh sejak Mac lalu disbebkan pandemik.
Pemain Scotland berusia 26 tahun itu bagaimanapun layak untuk beraksi dalam dua perlawanan yang telah dijadualkan pada bulan ini, tetapi dengan keputusan tersebut, tidak pasti adakah beliau akan diberikan peluang untuk diturunkan.
Scotland winger Ryan Fraser has declined to sign a short-term contract extension with Bournemouth until the end of the season.https://t.co/1yQVdXiklA pic.twitter.com/3TkRRl2x4N
— BBC Sport Scotland (@BBCSportScot) June 17, 2020
Kapten pasukan, Simon Francis serta beberapa pemain lain iaitu Andrew Surman, Charlie Daniels dan Artur Boruc semuanya telah bersetuju dengan kontrak jangka pendek yang ditawarkan.
Sementara itu, pemain sayap Jordan Ibe yang merupakan rekod pembelian semasa dibeli dari Liverpool dengan nilai £15 juta pada 2016 dijangka akan terus meninggalkan pasukan sebaik sahaja kontraknya tamat pda hujung bulan ini.
Pemain tersebut tidak pernah beraksi untuk skuad utama sejak September dan tidak lagi menjalani latihan bersama pasukan.
OFFICIAL: Bournemouth have confirmed winger Ryan Fraser has rejected a short-term contract extension and will leave the club on June 30. Fellow winger Jordan Ibe will also depart when his deal expires on that date. pic.twitter.com/rHYPyQvRSH
— Muhammad Hasnain (@hasnainx8) June 17, 2020
Fraser yang menyertai Bournemouth dari Aberdeen pada 2013 telah dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Tottenham Hotspur dan dijangkan mengikat kontrak dengan pasukan baharu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi.
Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif EPL, Richard Masters sebelum ini telah pun mengingatkan semua pasukan agar tidak menandatangani mana-mana pemain sebelum saingan liga berakhir pada 27 Julai ini.
Saingan Liga Perdana Inggeris akan bermula pada awal pagi esok.
Sekuad kendalian Eddie How itu sedang bergelut di zon penyingkiran dan akan berdepan dengan Crystal Palace.