Quantcast

BERITA

Ryan Fraser: Takkanlah Ada Orang Nak Beli Saya £30 Juta

Bournemouth sudah pun mengeluarkan tanda harga untuk Ryan Fraser. Dan mereka meletakkan pemain kebangsaan Scotland itu dengan nilai bermula £30 juta – untuk mana-mana kelab yang mahu mendapatkan pemain itu.

Ryan Fraser menjadi sasaran perpindahan oleh Arsenal. Dan beliau akan memasuki tahun akhir pada kontrak beliau tidak lama lagi. Buat masa ini Fraser masih belum melanjutkan kontrak dengan Bournemouth.

BOURNEMOUTH, ENGLAND – MARCH 28: Ryan Fraser of Bournemouth during a training session at the Vitality Stadium on March 28, 2019 in Bournemouth, England. (Photo by Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images)

CEO Bournemouth, Neill Blak berkata menerusi laman rasmi kelab: “Seperti yang banyak ditulis dan diperkatakan oleh ramai pihak tentang masa dengan Ryan Fraser, kontrak beliau akan memasuki 12 bulan terakhir.”

“Sebagaimana polisi kelab ini selama ini, segala maklumat kontrak dan rundingan, serta aktiviti perpindahan akan menjadi rahsia kelab – tidak akan didedahkan dalam domain awam.”

“Walaubagaimanapun, berkenaan dengan laporan kebelakangan ini, kami rasa terpanggil untuk bercakap secara terbuka kepada umum untuk memberikan penjelasan tentang situasi tersebut.”

“Tawaran kontrak jangka panjang sudah dikemukakan atas meja – cuma Ryan masih memerlukan masa.”

“Pada September 2018, rundingan dengan wakil Ryan telah dilakukan – namun terpaksa dihetikan seketika kerana Ryan mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak.”

“Beliau melalui musim yang luar biasa, 7 gol dan 13 bantuan gol, membantu kelab ini terus kekal dalam liga tertinggi untuk 5 musim berturut-turut.”

“Sepanjang tempoh itu, saya telah berterusan mengadakan perbincangan dan dialog dengan wakil Ryan. Dan kami dengan menjelaskan – kami menawarkan kontrak kepada beliau, dan ianya masih di atas meja – menunggu tandatangan Ryan.”

“Mudahnya, Ryan pemain yang hebat dan menjadi pemain penting skuad ini. Kami tidak sabar-sabar mengalu-alukan kepulangan Ryan bulan depan, selepas berehat sebaiknya. Dan beliau boleh fokus untuk menikmati satu lagi musim luar biasa dengan Bournemouth.”

Bercakap kepada wartawan di Scotland, Ryan berterus-terang menyatakan beliau tidak yakin akan ada orang sanggup membayar £30 juta untuk pemain seperti beliau.

Ryan juga menghantar isyarat bahawa beliau tidak akan melanjutkan kontrak dengan Bournemouth. Jadi kelab tersebut perlulah mempertimbangkan yang terbaik untuk mereka. Jika silap, kelab akan menyaksikan Ryan Fraser pergi secara percuma.

Ryan berkata: “Jujur saya katakan, tak akan ada orang mahu membayar jumlah itu [£30 juta]. Kira-kira 6 atau 7 bulan lalu pihak kami telah bercakap tentang masa depan saya, namun selepas itu, tiada perbincangan dilakukan.”

“Bahkan selepas itu, saya banyak kali bertemu dengan pengurus, Eddie Howe, dan kami tiada menyentuh langsung soal masa depan saya di Bournemouth.”

“Beliau tahu, saya bukan orang yang layak bercakap tentangnya. Jika ada sesuatu berlaku, maka ada lah. Jika tiada, saya bukan jenis orang yang suka mendesak orang lain demi kemahuan saya. Dan saya akan tetap mencuba yang terbaik di sana [Bournemouth].”

BOURNEMOUTH, ENGLAND – APRIL 06: Ryan Fraser of Bournemouth during the Premier League match between AFC Bournemouth and Burnley FC at Vitality Stadium on April 06, 2019 in Bournemouth, United Kingdom. (Photo by Robin Jones – AFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images)

“Kontrak saya dengan Bournemouth ada setahun lagi. Jika saya kekal di sana, saya akan berikan terbaik. Jika saya di tempat lain, pun saya akan berikan yang terbaik. Saya cuma mahu bermain bola sepak dengan baik, melakukan tugasan di dalam padang dan bekerja keras demi pasukan.”

“Saya berbesar hati dikaitkan dengan kelab besar. Namun saya merupakan seorang pemain yang sentiasa mahu menikmati bola sepak, tidak kisah pun saya bermain di mana.”

“Saya tidak pernah terlalu memikirkan benda yang jauh, misalnya; di mana saya akan bermain selepas ini? Kerana bagi saya, apabila kamu mulai berfikir seperti itu, kamu akan mulai hilang fokus dan prestasi merosot.”