Bounermouth: Falsafah Dan Kualiti Jadi Taruhan Eddie Howe

Jika di Jerman ada Julian Nagelsmann, di England mereka ada Eddie Howe. Howe mungkin sedekad lebih tua daripada Nagelsmann, namun beliau tetap dikira jurulatih muda yang ada falsafah bola sepak yang menarik.

Pembentukan skuad

Bournemouth  membeli 3 pemain yang berkualiti di dalam perpindahan kali ini. Antaranya Asmir Begovic, Nathan Ake dan Jermain Defoe.

Mereka mengekalkan hampir keseluruhan skuad mereka pada musim lalu.

‘Squad depth’

Mereka tidak ada perpindahan keluar yang signifikan. Jadi, mereka tidak isu dengan pengurangan kualiti di dalam skuad.

Namun yang menjadi perhatian adalah kepulangan semula Nathan Ake ke pasukan ini. Beliau antara pemain yang membuatkan pasukan ini memulakan awal musim dengan baik.

Di posisi penjaga gol mereka memiliki 2 penjaga gol yang berkualiti pemain pasukan utama EPL.

Taktikal

Eddie Howe adalah pemegang falsafah bola sepak moden. Beliau menyuntik elemen untuk pemain-pemain beliau bermain dengan cara bola sepak mereka.

Asas kepada taktikal Eddiew Howe adalah kadar kerja (work rate) di dalam padang ditambah dengan permainan kombinasi di antara pemain.

Disiplin mereka ketika bertahan juga menjadi faktor penting. Bournemouth sangat baik untuk turun segera membentuk unit pertahanan yang kompak.

Secara asasnya, Eddie Howe menggemari formasi 4-4-1-1 ataupun 4-5-1. Pendekatan serangan mereka adalah cuba masuk ke half space dengan segera.

Itulah sebab kenapa pemain seperti Jordan Ibe gagal untuk memberikan prestasi lebih baik kerana Ibe terlalu suka berada di kawasan lebih lebar.

Musim lalu mereka ada Jack Wilshere sebagai pemain penting mereka. Sistem mereka banyak dibantu oleh dinamik yang ada pada Jack Wilshere. Jadi, kehilangan Jack Wilsehere akan memberikan impak dari segi keberkesanan taktikal.

Di bawah ini adalah gambaran bagaimana Wilshere membantu memperbaiki kualiti di tengah. Beliau aktif untuk bertukar peranan dan boleh membawa bola dari belakang ke ‘final third’.

Taktikal mereka mementingkan jarak yang dekat di antara pemain (narrowed). Mereka akan cuba memberikan saingan kualiti di tengah walaupun berhadapan dengan pasukan yang lebih kuat.

Persoalan yang menarik, adakah Eddie Howe akan mencipta ‘Wilshere’ baru di dalam pasukan ini?

Kelemahan musim lalu

Pasukan ini antara pasukan yang boleh bertahan sebagai unit namun ada masalah dengan defensive error secara individu yang teruk.

Dari aspek serangan mereka hanya menghasilkan 52% daripada gol daripada permainan terbuka. Selebihnya adalah dari situasi bola mati.

Kreativiti mereka tidak diterjemahkan sebaik-baiknya dengan gol. Inilah sebab utama mereka membawa Jermaine Defoe ke dalam pasukan ini.

Pasukan ini juga ada masalah untuk bermain di tight area. Mereka terlalu bergantung kepada sistem serangan dari kanan.

pasukan yang menggunakan sistem hantaran bola rendah dan serangan yang fluid perlu efektif bermain di tengah. Apabila terlalu bermain di sayap, mereka terpaksa bermain banyak hantaran lintang dan mereka sukar menyudahkannya.

Apa yang kami jangkakan

Mereka melakukan perubahan yang menarik dari segi kepimpinan di dalam pasukan. Mereka membawa masuk Defoe yang merupakan pemimpin yang sangat bagus untuk pemain-pemain muda Bournemouth.

Joshua King, Ryan Fraser dan Harry Arter antara ‘team player’ yang baik untuk pasukan ini.

Eddie Howe akan cuba mengekalkan DNA bola sepak beliau dengan pemain yang ada. Ramai pemain yang dikekalkan akan membuatkan tugasan itu lebih efektif pada kali ini.

Adakah Bournemouth akan menjadi pesaing untuk 10 teratas? Sama-sama kita  nantikan.

Leave a Reply