Rowley: Penang Pasukan Kecil Tapi Pemain Ada Mentaliti Menang

David Rowley Penang

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Hanya selepas empat tahun berkelana di Malaysia, David Rowley akhirnya berhasil membuktikan keupayaan sebenarnya dengan membantu Penang meraih pencapaian yang membanggakan pada musim ini.

Pemain kacukan Malaysia-Australia itu jelas gembira dengan perkembangan baik kariernya selepas berdepan dengan ‘kesuraman’ bersama beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga-M) sebelum ini seperti PDRM, Kelantan dan Kedah.

Rowley yang beraksi dalam semua 10 perlawanan Liga Super untuk skuad Harimau Kumbang dan membantu pasukannya menduduki tangga keempat dengan mengumpul 19 mata.

“Biarpun kami merupakan pasukan baharu di Liga Super, saya kagum melihat mentaliti yang ada pada kebanyakan pemain kerana sentiasa mahukan kemenangan dan tidak gentar untuk bersaing walaupun semua orang tahu kami adalah sebuah pasukan kecil jika hendak dibandingkan pasukan lain,” ujar Rowley ketika temubualnya bersama Media MFL.

Baginya semangat yang dimiliki oleh setiap pemain menjadi salah satu resipi kejayaan Penang buat masa ini yang hanya mencatat satu sahaja kekalahan selain meraih lima kemenangan.

Beliau sendiri begitu berbangga dengan pencapaian skuad kendalian Thomas Trucha berkenaan yang dilihat telah mengejutkan ramai pihak biarpun tidak ramai meragui peluang mereka untuk terus kekal di saingan Liga Super.

Bagaimanapun Rowley enggan menjadikan keputusan yang sedang dikecapi membuatkan ramai pihak meletakkan mereka antara pasukan pilihan bagi mencabar kejuaraan biarpun kedudukan mata mereka semakin rapat di belakang JDT, Terengganu dan Kedah.

“Fokus kami adalah untuk sentiasa berada lebih baik dari tiap perlawanan yang dilalui dan untuk memperkatakan kami boleh mencabar kejuaraan, saya rasa kami masih terlalu jauh hendak dibandingkan terutama dengan JDT,” katanya lagi.

“Pengurusan meletakkan sasaran kami untuk berada dalam kalangan enam terbaik, jadi itu akan sentiasa menjadi matlamat utama pasukan namun sukar untuk saya ramal apa yang akan berlaku sepanjang musim ini.

“Jika kami mampu mencipta beberapa kejutan sepanjang musim ini, mungkin ada ruang buat kami untuk berada di kedudukan lebih baik yang mampu mengejutkan semua pihak.”

Dalam perlawanan terakhir, Penang mudah membenam cabaran Sri Pahang FC pada Sabtu dengan kemenangan 3-0 di Stadium Bandaraya menerusi jaringan Endrick dos Santos, Danial Ashraf Abdullah dan Jafri Firdaus Chew.

Antara kejutan yang dilakar Penang musim ini ialah menundukkan Selangor 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan 2-1 mengatasi Melaka United FC di Stadium Hang Jebat.

Ujian seterusnya buat Pulau Pinang selepas ini adalah bertemu Terengganu FC, yang masih segar dengan kejayaan menjadi pasukan pertama menewaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim,1-0 pada 24 April lalu.

Sementara itu, Rowley mengakui dia gembira Penang seperti membuka semula ruang dalam kariernya selepas prestasi yang serba tidak menjadi di Kedah pada musim lalu.

Biarpun dilanda sedikit keretakan di bahagian tulang tangan kanannya semasa aksi bertemu UiTM FC, pemain berusia 31 tahun yang berasal dari Australia itu lega kerana tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

“Di Kedah, saya tetap gembira selain telah memenangi satu trofi semasa di sana cuma kehadiran di Penang, segala-galanya tampak sempurna malah saya diturunkan dalam semua perlawanan setakat ini.

“Peranan saya lebih membantu di bahagian tengah untuk membantu bahagian pertahanan atau serangan berbeza ketika di Kedah, saya banyak diletakkan peranan selaku pemain nombor enam.

“Walaupun dua perlawanan terakhir (PJ City, Sri Pahang FC) saya diturunkan selaku pemain gantian kerana faktor kecederaan, saya tetap gembira masih diberi ruang.

“Memang sedikit terjejas kerana saya tidak boleh terlalu fizikal semasa bersaing dengan pemain lawan dalam banyak situasi tetapi mujur jurulatih masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk turun bermain.”

Kredit Foto: Penang FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Tomas Trucha Berkunjung Ke Gong Badak Dengan Krisis Kecederaan

KL City Bawa Pemain Kacukan Malaysia-Australia Kukuhkan Jentera Tengah

Senarai Kontroversi Pengadil Liga Malaysia Yang Tiada Kesudahan

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN