Bekas kapten England, Wayne Rooney percaya Paris Saint-Germain (PSG) mempunyai keupayaan untuk menewaskan gergasi Jerman, Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang akan berlangsung malam ini.
Kelebihan yang dimiliki oleh PSG adalah kemahiran individu dan kepantasan yang mampu mengeksploitasi gaya permainan Bayern yang meletakkan barisan pertahanan mereka di garisan tinggi iaitu apa yang gagal dimanfaatkan oleh Olympique Lyon ketika perlawanan separuh akhir tempoh hari.
Penyerang Lyon, Memphis Depay dan Karl Toko Ekambi terlepas peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada awal permainan sebelum mereka dihukum dengan kekalahan 3-0, namun trio serangan PSG, Neymar, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria mungkin akan memberikan keputusan yang berbeza dengan ketajaman mereka di hadapan gol.
Match day!!! Can this PSG trio “Neymar, Mbappe, Di maria” bring the victory to france?
— Geezy (@gozziie_) August 23, 2020
Gather here fans lets know and follow ourselves.#PSGBayern pic.twitter.com/IY7pIWRkjM
Lebel pasukan pilihan tentunya milik Bayern Munich yang mempunyai kelebihan daripada pelbagai sudut. Kesebelasan utama mereka terdiri daripada beberapa pemain yang sudah pun berpengalaman dalam aksi perlawanan akhir sebelum ini. Namun situasi mungkin berbeza dengan ketiadaan penyokong di stadium.
“Saya langsung tiada keraguan semua media meletakkan peluang Bayern untuk muncul juara, tetapi PSG juga sangat bagus dalam penguasaan bola. Kunci utama mereka adalah peluang-peluang yang akan dicipta bahagian serangan mereka,” ujar pemain berusia 34 tahun itu yang pernah menjuarai UCL bersama United pada 2008.
Di Maria:12 goals and 22 assists in 40 games
— Eja ‘nla 🦈 (@tamiloore__) August 23, 2020
Muller:14 goals and 25 assists in 49 games
Neymar:19 goals and 11 assists in 26 games
Lewan:55 goals and 9 assists in 46 games
Mbappe:30 goals and 14 assists in 36 games
Gnabry:23 goals and 13 assists in 45 games
Epic⚡⚡⚡#PSGBayern pic.twitter.com/7OxuXzF2pI
Sekalipun perhatian kini tertumpu ke arah Mbappe dan Neymar di mana gabungan dua pemain tersebut telah menghasilkan lapan gol dan sembilan bantuan jaringan dalam kejohanan tersebut, namun Rooney percaya bekas rakan sepasukannya di United, Di Maria akan menjadi pemain penting dalam perlawanan ini.
“Pemain terbaik PSG dalam perlawanan ini pastinya Di Maria. Dia pemain yang hebat. Dia bekerja keras setiap kali diturunkan dan hantaran serta kecekapannya sangat menakjubkan dan pastinya akan menghasilkan sesuatu.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Juara-Juara Eropah: