Sama Hebat Sama Padan, Davies Dan Aweknya Huitema Berpeluang Juarai UCL Musim Ini

Alphonso Davies Jordyn Huitema UCL

Pemain Kanada, Alphonso Davies dan teman wanitanya, Jordyn Huitema berpeluang untuk mencatat sejarah sebagai pasangan kekasih pertama yang menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim yang sama. 

Davies yang beraksi di posisi bek kiri Bayern Munich merupakan pemain penting buat pasukannya dalam misi memburu kejuaraan treble selepas berjaya menyingkirkan Lyon tempoh hari untuk menempah slot ke perlawanan akhir bertemu Paris Saint-Germain (PSG) pada Ahad ini.

Kehebatan dan kepantasan Davies telah menyebabkan David Alaba ‘tertolak’ ke posisi pertahanan tengah dan pemain termahal Bayern Munich, Lucas Hernandez pula lebih banyak ‘diperam’ di bangku simpanan pada musim ini.

View this post on Instagram

3 yrs w/ my person❤️ I love you

A post shared by ?????? ??????? (@jordynhuitema) on

Pasangannya, Huitema yang juga berasal dari Vancouver, Kanada pula merupakan anggota skuad wanita PSG yang akan berentap dengan Arsenal dalam perlawanan suku akhir UCL Wanita pada Sabtu di Stadium Anoeta, San Sebastian.

Jika menang, pasukannya akan bertemu pemenang antara Lyon dan Bayern Munich dam perlawanan akhir akan diadakan di Stadium San Memes, Bilbao pada 30 Ogos.

Sekiranya kedua-dua mereka yang kini berusia 19 tahun berjaya menjuarai kejohanan Eropah tersebut, mereka akan menjadi pasangan bola sepak paling hebat dalam sejarah.

Davies dan Huitema mula bersama sejak berusia 16 tahun selepas kedua-dua mereka memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Kanada bawah 17 tahun (B-17) pada 2017 sebelum kedua-duanya berjaya mengembangkan karier masing-masing apabila berhijrah ke Eropah.

Selepas mengharugi musim pertama yang cemerlang di Jerman, Davies mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah ‘Rookie’ Terbaik Bundesliga. 

Kali terakhir Bayern Munich menjulang trofi UCL adalah pada musim 2012/13 setelah menundukkan musuh tradisi, Borussia Dortmund 2-1 di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Wembley menerusi jaringan Mario Mandzukic dan Arjen Robben.

Skuad wanita PSG pula pernah dikecewakan apabila tewas di perlawanan akhir UCL pada 2015 dan 2017.

Kredit Foto: Jordyn Huitema

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Alphonso Davies:

Leave a Reply